بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
Kalau bersilat ada gelanggangnya
Ada tok guru tolong mengajarkan
Kalau Ramadah pula ada cabarannya
Cabaran melawan banyaknya hasutan
Setiap orang punya minat
Setiap orang ada daya penarik
Lewatkan bersahur itu sunnat
Segera berbuka itu yang terbaik
Ada dress tidak kurang jubah
Bukan sahaja cantik tetapi mudah
Tidak usah membazir membeli juadah
Jangan diturut nafsu serakah
Terasa ingin minum jus semangka
Rasa syukur dapat seteguk dua
Bukan sekadar tahan lapar dan dahaga
Banyak lagi perkara boleh kurangkan pahala
Yakinlah dengan MAHA MELIHATNYA TUHAN
Bersabarlah sentiasa dengan godaan
Bertahan melawan keinginan
Begitulah hakikat pertarungan
Tags:
Santai Peribadi
Wkmsalam.
BalasPadamSalam Ramadhan.
Selamat berpuasa.
Ramadan bukan sekadar berpuasa tidak makan dan minum tetapi mendidik diri menjadi hambaNya yg taat... melawan hawa nafsu dan membenihkan kebaikan, in shaa Allah...
BalasPadam