بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
HUJUNG MINGGU MENCUCI || Selain cuci pakaian kotor..pinggan mangkuk kotor..berus lumut-lumut halus yang mula membiak dalam bilik air walau kerap diberus tu ha...cuci apa lagi...cuci mata..cuci hati..hihihi..
🍓Santai 18 Disember 2016(Ahad)🍓
Teluk Batik,Lumut Perak
Sedarkan diri yang begitu kerdil...jauh perjalanan luas sedikit pemandangan yang dapat kita lihat...melihat segenap penjuru dengan lebih mendalam dan lebih terbuka..terbuka minda..terbuka hati...melihat alam ini secara tidak langsung kita dapat menyedarkan diri...ingatkan diri agar sentiasa bersyukur selalu...bukan hanya kita yang hidup..yang bernafas..yang memerlukan oksigen..bukan..sebaliknya kita sentiasa berkongsi..saling bergantung satu sama lain..dan pergantungan paling utama adalah kepada DIA yang SATU..ALLAH SWT.
Melihat bukan sekadar membuang pandang..bila kita tertarik pada satu-satu perkara atau objek itu..ya..kita akan terus memandang dan menghayati..sesiapa pun begitu..adakah cukup sekadar itu itu ada yang perlu kita ambil tahu dan menjadikan ianya amaran pada diri..sungguh,,sesuatu itu tiada yang sia-sia bila Allah izin sesuatu itu berlaku..oleh itusekecil mana pun peristiwa yang berlaku baik pada diri sendiri atau pun insan disekeliling kita..gali sedikit untuk mendapatkan pengisiannya.
Lautan indah terbentang luas
Pepasir halus mesra ditelapak kaki
Sederhana rupa berbudi tulus
Sekadar biasa dipandangan mata namun senang dihati
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Tags:
Santai Peribadi
lautttt.... bestnya kalau tengok sunset...
BalasPadampandai PC berpantun :)
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih Faizah..sikit2 boleh la Faizah..Faizah pun boleh berpantun juga tau :)
PadamCik Nur
BalasPadamBetul...indah pemandangannyakan :)
Subhanallah cantiknya pemandangan sunset 😍
BalasPadamya Allah. busyra suka gila pantai.. dlu masa study dkt perak smpat pergi ke sini. best!
BalasPadamPC bercuti ke sana ye
BalasPadamKakak tak pernah singgah sini tapi lalu nampaklah signboard aje
Benar jgn mata saja memandang tanpa terdetik sedikit pun di hati akan setiap apa yg kita nampak dan nikmati.
Selamat bercuti PC.
BalasPadamSesekali cuci mata, tetapi kena selalu cuci hati.
hujung minggu memang time untuk mencuci..
BalasPadamCuci semua yang boleh dicuci kan PC..
Hihi. Bab cuci mata dan hati tu siqah suka. Indah rasanya hidup lihat pemandangan cantik depan mata kan. Laut dan pantai, ohh siqah suka sangat <3
BalasPadamKak PC tinggal di Teluk batik ke? Siqah pernah ada training selama 3 bulan kat Teluk batik resort. Banyak kenangan kat situ :)