Memang Betul..Tapi...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MEMANG BETUL..TAPI... || Berbuat baik itu berpada-pada...buat jahat jangan sekali-kali..zaman sekarang tidak ramai yang berlapang dada melihat orang lain membuat kebaikkan dan bersikap baik budi...entah kenapa begitu,,yang baik itu sering dipinggir..yang kurang baik itu acapkali dibangga-bangga..tidak semua namun ianya sudah bercambah biarpun pada kelompok yang sedikit..



Memang Betul..Tapi...
Google image 

MEMANG BETUL..TAPI...Bila hendak melakukan kebaikkan ibaratnya tangan kiri tidak perlu tahu langsung...betapa perlu sangat disimpan rapi..alhamdulillah..namun,bila hati terdetik untuk lakukan kejahatan..malahan lakukan tanpa rasa bersalah pun..sebolehnya tidak mahu diketahui insan-insan tersayang??....motif?..ingat seperkara...sama ada kebaikkan mahupun kejahatan yang dilakukan...ALLAH SWT sentiasa melihat..di mana-mana..🍒Perdu Cinta🍒
Niat.Kembali kepada niat dan perbetulkan niat kita. Seperti mana mhu mendidik hati untuk lebih sabar itu tidak mudah..begitu jugalah bukan satu perkara mudah untuk memperbetulkan niat..terutamanya niat yang baik..kerana adakala setiap niat yang baik itu akan didatangi dengan hasutan dan bisikan-bisikan hitam.

Buat keputusan dan berserah.Tidak semua perkara dan benda yang kita ada diketahui oleh orang lain.Mungkin mereka tahu sekadar mana yang dapat mereka lihat secara kasar pada luaran sahaja..oleh itu terpulanglah pada diri kita sama ada mahu mengwarwarkan atau sebaliknya setiap tindakkan kita itu kepada umum untuk diketahui secara lebih jelas.namun bagaimana pun bersedialah untuk menerima sebaran kritikan baik membina atau sebaliknya..niat tidak menghalalkan cara namun andai apa yang diniatkan itu baik pasti bantuan Allah samapai tepat pada saatnya.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

22 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Yup. Allah Maha Melihat. Kalau kita sentiasa ingat benda ni, inshaAllah nak buat maksiat pun takut.
    #selfReminder

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kak PC juga sentiasa ingatkan diri...jaga nama baik untuk manusia,,kena jaga pandangan baik dengan Allah juga..itu lebih UTAMA :)

      Padam
  2. erm... betul tu sis... Allah Maha Pengasih, kalau kita niat nak buat perkara baik pun dah dpt pahala...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu baru niatkan kak...kalai dengan ikhlas kita kakukan..berganda ganjaran pahala kita perolehi..inshaAllah :)

      Padam
  3. ALLAH TAHU SETIAP NIAT YG TERDETAK DI HATI KITA.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum PC...
    berbeza sangat dengan apa yang disuruh dan apa yang berlaku sekarang...
    segala kebaikkan nak ditayang..
    semoga kita menjadi insan yang lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam CN..tidak semua namun memang betul ada segelintirnya begitu..tak apalah moga Allah jauhkan kita saripada sebegitu caranya :)

      Padam
  5. Selain Allah melihat malaikat Allah tak pernah lalai mencatat setiap perlakuan kita..
    Kita ni saja yg selalu terleka dan alpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...sangat betul...adakala nafsu itu lebih subur berbanding iman.. :)

      Padam
  6. motip? sbb tak mau kena cop jahat ler tu...

    Hai PC lama KG x singgah d sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul KG..nak nampak baik sahaja..walhal lupa Allah sentiasa memandang :)

      Padam
  7. Wkmsalam.
    terima kasih di atas ingatan.

    BalasPadam
  8. Betul tu kak, ke mana mana pun Dia Maha Melihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..banyak tempat bersembunyi dari manusia tapi tiada satu pun tempat untuk bersembunyi dari Allah :)

      Padam
Terbaru Lebih lama