Telan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TELAN || Hari-hari kita makan dan minum..yang sedang berdiet pun makan jugakan..minum jugakan..cuma mungkin dalam  kuantiti yang kecil..yang sedikit dan lebih teliti dalam menentukan kualiti dan kuantiti terhadap menu.Paling penting halal dan suci.

Pilihan dan sebaliknya..suka atau tidak,adakala kita terpaksa telan sesuatu perkara itu tanpa rela untuk mengawal situasi atau pun hakikatnya lebih mudah untuk memujuk diri sendiri daripada merawat luka orang lain.Apa pun pastikan kena pada situasinya takut-takut ada yang segaja mengambil kesempatan.Kecuali kalau jenis yang tidak ada perasaan.Semua pun "ok" katanya..tapi awas insan sebegini bila mula menunjukkan emosi..hujan-panas-banjiir-kilat-petir sudah 10 kali bertukar ganti pun panas dan baranya sentiasa menyala-nyala.


Telan
Google Image

Pertimbangkan..dengar baik-baik,fikir betul-betul,hadam sampai betul-betul lumat dan sebati.Tidak semua perkara itu betul..dan tidak juga setiap hal itu silap.Halusi sedari akar baru kita tahu ke mana arah pucuknya.Kewarasan akal itu tersangatlah pentingdalam menapis dan menepis segenap unsur yang mendatang.Sentiasalah mohon guideline daripada Allah SWT.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. TELAN..
    Banyak maknanya..
    Ada yg TERSIRAT..
    dan ada juga yg TERSURAT..
    Hadamkan segalanya mengikut syariat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..hadam semuanya ikut syariat..itu yang sangat terbaik :)

      Padam
  2. akal, benda yang paling osem pada insan ;)

    BalasPadam
  3. Sebelum terima dan telan kena tapis dulu,
    Adakah bermanfaat atau membawa mudharat.

    BalasPadam
  4. Kadang kadang hati tak seiring dengan akal. Memilih tindakan ikut situasi. Mungkin boleh dihadam dan mungkin perlu diluahkan saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kena sentiasa mempertimbang dan menilai dengan ketenangan jiwa..kewarasan akal.. :)

      Padam
  5. tak semestinya benda atau perkara yg ok baik pada kita..jangan ambil dan telan terus..kena filter dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..Yang manis jangan terus telan,yang pahit jangan segera diluah.. :)

      Padam
  6. entry penuh dengan pesanan tersirat. terima kasih mengingatkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanaAllah..terima kasih ya..moga bermanfaat :)

      Padam
  7. perit untuk ku telan... sebab sakit tekak... :d

    BalasPadam
  8. Siti Hazreen
    Betul..akal itu anugerah yang sangat istimewa untuk kita :)

    BalasPadam
  9. rumit untuk memahami tiap kejadian dlm hidup. kadang lebih tenang untuk kita dengan berdiam diri. moga terus kuat.

    BalasPadam
  10. sekarang tengah perit tekak, telan la juga dah lapar. Deep posting PC yang ni

    BalasPadam
  11. terkadang even pahit kita kena telan jugak kan. *pengaruh ayat drama! .. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama