Tidak Semestinya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SEMESTINYA..Ada hitam ada putih..ada siang ada malam..Allah menjadikan semuanya cukup lengkap..sangat sempurna ntuk kita semua.Dalam seluruh kehidupan kita kebanyakannya akan saling bertukar ganti..akan sentiasa bertukar-tukar.Allah yang mentadbir segala-galanya..

Usaha..usaha...usaha.Sangat besar pengaruhnya pada usaha yang kita lakukan biar pun kecil sahaja.Setelah mendapat apa yang diidamkan bukan bermakna usaha itu terhenti disitu..begitu juga setelah apa yang diusahakan itu kurang berjaua..jangan segera dinoktahkan.Anggap usaha ini umpama enjin yang menggerakkan komponen-komponen lain dalam satu-satu sistem.seperti kenderaan,andai mati enjinnya bagaimana kenderaan itu hendak bergerak.

Tidak perlu sinis.Baik dengan kata-kata mahupun pandangan..ya tidak perlu sinis dan cuba elakkan bila melihat sesuatu yang dirasakan tidak wajar dilakukan oleh orang lain..*sebagai contoh awak bertudung tapi terkinja-kinja,,,awak wanita muslim namun pergaulan sangat bebas walau tertib meutup aurat,,berbicara,,bicarakan kasar dan kesat*kerana mungkin juga kita pernah melakukan..kalau tidak sekarang mungkin di masa-masa mendatang..siapa tahukan..dan mungkin juga kita melakukan tetapi keturunan kita yang akan datang..kerana tidak semua perkara Allah beri balasan menanti di akhirat..ada juga di dunia lagi Allah tunjuk dengan kadar yang paling nyata dan sangat segera..cumanya sama ada kita sedar atau buat-buat koma. 



Image result for pemandangan alam gif
Google Image
Kalau rasa susah sangat..tidak semestinya kesusahan itu akan berpanjangan.Kalau saat ini rasa sedih sangat,tidak semestinya kesedihan itu bersama kita hingga nafas yang terakhir.Kalau kita lihat hari ini dia sangat tidak mempeduli batasan agama yang telah ditetapkan,tidak semestinya akhir hayatnya akan berterusan sebegitukan..tidak mustahil dia menjadi lebih baik daripada kita.SEMUA telah Allah SWT acuankan..🍓Perdu Cinta🍓


Berhemah dan berhikmah.Kalau kita tidak suka dikasari begitu juga keadaannya dengan orang lain..mereka pun tidak suka dikasari..dikasari tidak semestinya tarik rambut..tidak semestinya sepak terajang..dan tidak semestinya juga tumbuk bertalu-talu..tidak..kekasaran juga boleh berlaku dengan percakapan.Intonasi yang tidak sedap didengar...bahasa kesat yang dahsyat..hinggakan yang mendengar hatinya bagai disiat-siat..subhanAllah..tidak baiklah begitu..1001 kali tidak suka pun tegurlah dengan penuh berhemah..sejuta kali tidak sejiwa pun sentiasa pandu dengan kata-kata hikmah..bukan semakin melemahkan.



*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. INSYAALLAH JANGAN CPT BERPUTUS ASA

    BalasPadam
  2. Sering diingatkan yg pintu taubat sentiasa terbuka
    Selagi masih bernyawa masih ada peluang.
    Terpulang pada diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..nak atau tidak terserah pada hati sendiri :)

      Padam
  3. Saya masih yakon akan ada keajaiban dalam hidup saya nanti..

    BalasPadam
  4. apa pun... yang seburuk mana pun hari yang kita hadapi... fikirlah positif,
    chaiyookkk.. langit tidak selalunya cerah... ^_^

    BalasPadam
  5. Hidup kita umpama roda.
    Terimalah segala putarannya dengan berlapang dada.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama