Sedarlah Dan Terima Hakikat ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEDARLAH DAN TERIMA HAKIKAT ~ Sebenarnya kita sudah tidak ada banyak waktu lagi.Waktu untuk bersuka ria berasakan dunia ana yang punya.Setiap hari ada berita kematian..kemalangan..penindasan..peperangan..ya setiap hari..ya itu semua suratan yang telah Allah SWT rencanakan juga .. PC yakin ada yang sedang DIA mahu sampaikan..yang lebih utama ada yang DIA mahu ingatkan.Allahu.Betapa ajal itu semakin mendekat sedang kita juga semakin mendekat namun pada perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada landasan dan perjanjian awal.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)

Mahu berhibur tiada salahnya.Asal berpada-pada dan sesuai mengikut apa selayaknya.Dunia tempat hamba-hambaNYA mempertaruh sama ada mahu membesarkan keimanan atau menurut arahan nafsu belaka.Di dunia ada banyak lorong,ada banyak lembah dan terdapat banyak arah...namun di antara banyaknya lorong,lembah dan arah itu .. jangan sampai kita tersilap masuk kerana ia memberi impak besar di kehidupan mendatang.


Sedarlah Dan Terima Hakikat ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih untuk peringatan ni, kadang kadang kita lupa siapa kita sebenarnya. Kejar keseronokan.

    BalasPadam
  2. Life is so fragile, bila teringat ajal bila-bila masa sahaja akan menjemput kita terus rasa sedih hingga mengalirkan airmata.. Betapa kerdilnya hambaMu ini..

    BalasPadam
  3. Betul tu.. adakala kehidupan dunia ini membuatkan kita alpa...

    BalasPadam
  4. Setuju kak PC. Kadang kita terlupa yang dunia ini hanya sementara dan akhirat menanti kita nanti. Nasihat yang sangat bagus kak PC. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama