ATAS DASAR PENDAPAT..NOKTAH!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
ATAS DASAR PENDAPAT..NOKTAH! | "Makan boleh sembarang makan tapi cakap jangan sembarang cakap" .. Namun sebenarnya baik makan atau cakap tidak boleh sembarangan.Berbanding dalam etika memberi pendapat ianya sedikit berbeza.
Atas dasar pendapat..noktah!
Secara peribadi,bagi PC setiap individu tidak kira agama,bangsa,keturunan,usia dan statusnya apa..ada hak untuk memberi sebarang pendapat.Baik dari segi pendapat peribadi,berfakta atau di bawah bidang kuasa mahupun berdasarkan kepakaran yang dimiliki.Semua kita bebas bersuara namun itu bukan bererti bebas menggunakan sebarang kata-kata.Berilah pendapat atau pandangan dengan menggunakan kata-kata dan bahasa yang sopan.Jadilah manusia yang tahu menjaga adab ketika berbicara dan beretika pada setiap tingkah yang ditunjukkan.
Bercanggah pendapat itu wajar.Bertelingkah itu lumrah.Berasa tercuit itu biasa.Selain daripada itu,memberi pendapat juga boleh menimbulkan pertelagahan serius dan besar.Cumanya setiap kita mesti sedar dan buka mata.Kaji semula..apakah itu pendapat?..kembali pada niat asal.Apa matlamatnya.Mahu mencari jalan damai dan situasi menang-menang..atau mencetuskan sengketa yang hanya berpunca dari banyak pendapat yang tidak senang hati untuk diterima.
Pendapat yang dikongsi jika kena caranya ia mampu menyatukan.Jika silap percaturannya sekelip mata meranapkan ukhuwah yang sudah sekian lama terjalin dan terbina.Pada ketika teruja untuk memberi pendapat atau buah fikiran..jangan biasakan "syok sendiri"..hindari niat ada "agenda sendiri" dan sentiasa sedar diri "di mana sedang berdiri".Syukuri andai pendapat kita diterima..perbaiki lagi seandainya pendapat kita ditolak.Cukuplah "atas dasar pendapat..noktah!"
Google image
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
betul tu..
BalasPadamTerima kasih 😁
PadamBetul tu PC.. Pendapat harus diraikan walau berbeza..
BalasPadamDengar..baik ambil..tak baik abaikan 😁
Padamkdg2 ada je org tkleh terima pendapat org lain..pendapat die je yg btul...jd kalo berdepan ngan org camni better diam lg baik sbb takut bila bg pendapat kot jd gado plak sbb dh tkleh trima pendapat org
BalasPadamSetuju...itu yang sering timbul masalah dan jadi punca perbalahan..Allahu.Lebih baik kita diam dan abaikan..daripada bermasam muka..sia-sia nanti semuanya..
Padambetul, setuju sangat. Masing-masing bebas menyuarakan pendapat sendiri dan harus menghormati pendapat orang lain.
BalasPadamNak cari yang boleh menghormati pendapat tu yang susah..ada cuma dalam kelompok yang kecil dan sedikit zaman sekarang ni..
PadamBila beri pendapat dan menerima pendapat hendaklah dengan hati terbuka. Masing-masing sedia mendengar dan menerima kekurangan masing-masing.. Bukan masing-masing tunjuk ego dan tunjuk samseng.. Lain hasilnya..
BalasPadamOverall akak setuju sangat dengan PC..
Betul tu kak...pendapat ni untuk menambah baik bukan keruhkan keadaan..kadang untuk selesaikan masalah..tapi bila ada yang ego......makin bertambah masalah..
PadamBudaya terikut-ikut dan ikut suka..hujungnya susahkan diri sendiri dan orang lain juga...
BalasPadam