YAKINLAH BANTUAN SENTIASA ADA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
YAKINLAH BANTUAN SENTIASA ADA | Hati berbelah bahagi.Bersangka yang pelik-pelik.Yakin yang tidak sepenuhnya yakin kerana manusia sering menghasut..jin sentiasa berbisik yang membuat rasa yakinnya manusia seperti lalang ditiup angin.Namun,yakinlah dalam situasi apa pun bantuan sentiasa ada.InsyaAllah.Allah ada caranya tersendiri untuk membantu dan melindungi hamba-hambaNYA yang disayangi.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?.Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?.Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -.Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(Surah Al Fiil : Ayat 1 hingga 5)
Yakinlah bantuan sentiasa ada.
Bantuan sentiasa ada untuk kita.Membezakannya adalah sama ada kita sedar atau tidak sahaja..sedar dengan kadar segera atau mungkin sedikit lewat.Setiap satunya pasti bersebab.Tentunya beralasan namun tiada yang sia-sia daripadaNYA.Sering mensia-siakan itu kita manusia.
Salam Jumaat terakhir di tahun 2018.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Kata2 yang indah dan bagi semangat balik kat saya. kadang kita rasa down sangat dan xda apa2 lagi dah tapi sebenarnya kita tak sedar ada rezeki kita yang lain cuma lambat atau cepat. Allah selalu ada untuk bantu kita. Allah adil n sayang kita. =)
BalasPadamTerima kasih ya Tim..terkadang Kak PC pun lupa...bahawa bantuan Allah itu sangat luas dan sentiasa ada untuk kita semua.
Padamperkongsian yang indah PC.. Allah selalu ada dengan kita..
BalasPadamAamiin.Betul,Allah selalu dengan kita.Sentiasa walau dalam jaga atau lena.
PadamBetul tu.. Allah xkan uji hambanya melebihi kemempuan mereka..
BalasPadamSetuju.Setiap ujian itu ada ganjarannya.
Padamkdg2 kala terasa 'down' semacam aje. masa tu teruskanlah meminta pertolongan drp Allah.
BalasPadamBegitu juga yang PC lakukan Cikgu.
Padamsalam Jumaat juga
BalasPadamTq ya Mizi.
Padamya Allah dapat menyegarkan jiwa dal;am blog ini.terima kasih admin blog PC dan syukur ya Allah atas segala nikmatMu
BalasPadamSubhanaAllah terima kasih Cikgu.Moga bermanfaat ya.
Padam