بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
LIDAH YANG SUDAH TERBIASA | Menyumbang deria rasa itulah lidah selain kulit melalui sentuhan. Manis. Masam. Pedas. Pahit. Hilang nikmat andai Allah SWT tarik deria rasa tersebut. Bila tidak sihat selera makan berkurang.. Deria rasa tidak berfungsi dengan baik pun sudah merisaukan hati sendiri. Allahu. Maka Bersyukurlah.
Kenapa ada selera. Kenapa sanggup ulang menu yang sama. Kenapa setia dengan satu atau dua tempat makan yang serupa.. Kerana lidah yang sudah terbiasa. Sudah serasi dan sudah juga kena dengan keinginan yang dicari-cari.Kalau dah rutinnya makan belacan.. Ke mana-mana pun tetap mahukannya. Kalau dah dibiasakan dengan nasi.. Gantilah dengan salad atau roti.. Meronta-ronta hati separuh mati mahu nasi. Begitulah ibaratnya.Mahu sentiasa yang sama.
Begitu juga bila lidah yang sudah terbiasa menyebut perkataan yang baik-baik.. Sudah lazim dengan kalamullah.. Sudah rutin dengan zikrullah.. Tidak perlu dipaksa dan tidak perlu dipura-purakan InshaAllah terjadi dengan sendirinya. Justeru tidak hairan juga bila lidah yang sudah terbiasa dengan kata-kata kesat dan kotor.. tidak menyebutnya terasa seperti tidak puas. Bila mahu berubah bukan tidak boleh tapi atas mahu dan usaha diri sendiri.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
InsyaAllah biasakan lidah dgn sebutan yg baik2.. :)
BalasPadamAamiin.. :)
Padamalah bisa tegal biasa...
BalasPadamBetul :)
Padamjangan jadikan lidah kita sebagai pedang yang membunuh
BalasPadamNauzubillahiminzaliq..
Padamsalam pagi jumaat.,
BalasPadamSalam Jumaat Wak.
PadamAlhamdulillah, terima kasih atas coretan yang amat mengesankan.
BalasPadamBerkatalah yang baik2, fikirkan yang baik2 dan sampaikan yang baik2. moga hati beroleh bahagia
Semua bakal melantun kembali kelak.. Aamiin.
Padam