بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BUKAN PURA-PURA TAPI JANGAN TUNJUK SANGATLAH |Kalau suka jangan suka sangat nanti boleh bertukar jadi benci.Bila benci tu jangan benci sangat takut boleh jadi suka hujungnya.Biasa-biasa sahaja.Sederhana itu lebih manis.
Ada sesetengah orang bila dia rasa tak berkenan,tak suka,depan-depan tunjuknya.Memang sungguh-sungguhlah kebenciannya.Sampai tahap orang yang dia tak suka ajak bersembang atau bertanya pun dia tak layan..silap-silap orang tu ditengkingnya..janganlah macam tu kerana belum tentu semua apa yang kita lakukan orang lain suka.Kita rasa kita betul.Yakin tak buat salah dengan siapa-siapa..Ye ke?..belum tentu kerana kita sama-sama manusia..masing-masing ada cara penilaian masing-masing.
Bukan pura-pura tapi jangan tunjuk sangatlah.Bukan PC nak galak atau ajar orang supaya berpura-pura.Tidak ya,cuma kalau boleh tidak salah pun bermanis muka dan jaga adab walau ketika melayani orang yang mungkin kita anggap musuh nyata.Nak lebih selamat hindari diri daripada bertemu.Hindari ya,bukan memutuskan silaturahim.Ada bezanya.Siapapun jagi angin satu badan bila berhadapan dengan orang yang menyakiti kita..PC sendiri pun tidak terkecuali..namun daripada situlah kita boleh menilai dan mengenal orang lain dan muhasabah diri sendiri juga.
Tak tahu kenapa,PC selalu fikir..''kalau aku benci orang..belum tentu pun orang suka aku..".Lebih baik PC lakukan ikut keperluan atau neutral sahaja untuk mengelakkan rasa-rasa yang gelap bercambah dalam hati dan memburukkan keadaan.Buat baik secara sederhana.Mesra pun sederhana.Bila marah hindarkan diri.Ada masanya bila marah sedang orang yang kita marah itu tak tahu pun kita marah padanya..ngadu dengan Allah swt.InshaAllah nanti rasa itu Allah sampaikan dengan caraNYA.Maka,jangan tunjuk sangatlah.Takut-takut kita pun rupanya lakukan pada pada orang lain juga malahan lebih teruk.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Sekarang ramai sgt yg outspoken. Katanya lbh baik berterus terang dr hipokrit. Tapi kadang kita tak terfikir yg kata2 kita tu mungkin melukakan org lain.tu pun tak baik juga kan.
BalasPadamSetuju tu kak Ana.Jangan nak puaskan hati sendiri,,perasaan orang dikorbankan.Bahaya juga tu.
PadamSetuju...dan dah selalu kena..semalam pun kena..kadang x faham..
BalasPadamKan..mahu tak mahu..layankan je.
Padamitulah adab kan. bnda ni sepatutnya tak perlu diajar.
BalasPadamnak gembira kita pun kena gembirakan orang sekeliling kita kan2.
Betul,tapi mungkin kadang orang lebih suka ikut hatikan..
Padamkena sentiasa beringat dan berhati-hati
BalasPadamBetul tu.Untuk kebaikkan bersama.
PadamBagus berterus terang, tetapi biarlah berlapik dan tidak melukakan. Apa pun kita tetap manusia yg punyai hati nurani...
BalasPadamI visited your website and really nice stuff thanks for every thing .i like that type of website. Celebrity net worth is a website which reports estimates of the total assets and financial activities of celebrities. Read it for more information.
BalasPadamAn incredibly diverse range of jackets that offer you style, functionality and many great years of wear.
BalasPadam