بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
AKIBAT DIPENGHUJUNG |Mudah dan cepat.Itu yang sering menjadi pilihan termasuklah PC hinggakan kadang-kadang merugikan diri sendiri.Allahu.Malas mahu lebih menyelidik atau kurang pengetahuan pada sesetengan perkara atau bidang menyebabakan jalan singkat diambil dan dilakukan hingga hanya melihat akibat dipenghujung sahaja.
Akibat dipenghujung.Hasil akhir sering menjadi liputan dan menarik fokus kebanyakkan orang.Mudah,tinggal diceduk dan dimanfaatkan sahaja.Sesetengan perkara boleh dilakukan begitu namun tidak semua hal selayaknya dibuat begitu juga,kerana takut-takut ada pihak yang tergadai maruahnya.
Sebelum berkata apa-apa.Sebelum berkesimpulan yang aneh-aneh.Sebelum bersangka yang tidak sepatutnya.Nanti dulu!.Fikir semula baik-baik dan dengan tenang kerana setiap perilaku kita boleh sahaja membinasakan dan membuat orang lain tersungkur,lebih-lebih lagi tersungkur hati(perasaan/emosi).
Niat mendorong perilaku.Ada juga kes disebabkan tidak sengaja.Akibat dipenghujung itu pasti ada awalannya.Ada permulaannya.Untuk menilai,menghakimi dan menghukun akibat dipenghujung itu perlu terlebih dahulu tahu dan ambil tahu serta mengenalpasti punca diawalnya.Bukan satu tugas mudah,kerana awak tidak memakai kasut yang saya pakai..dan saya tidak juga memakai kasut awak yang sedang awak pakai.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
waalaikummusalam
BalasPadamwaalaikumussalam. setiap madah kata pasti mendalam makna nya
BalasPadamSALAM JUMAAT PC MOGA AWAL N AKHIR KITA PENUH BAROKAH
BalasPadamsetuju dengan Kak PC =)
BalasPadamUntuk mendapat pengakhiran yang baik
BalasPadamperancangan awal itu sangat penting
Bila saat kita meletakkan diri pada tempat orang lain, kita akan mula memahami.. Namun tak semua sanggup melakukannya.. Lebih banyak yang pentingkan diri..
BalasPadamSetuju.. semoga kita semua beroleh pengakhiran yg baik dlm setiap perkara juga kehidupan ini.. aamiin.
BalasPadam