Elak Ulang Kesilapan Orang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ELAK ULANG KESILAPAN ORANG |Kalau asyik lakukan kesilapan yang sama itu bererti tidak belajar.Tidak mempelajari sesuatu dan secara tidak langsung nampak ianya disengajakan.

Elak ulang kesilapan orang.Mata melihat.Teling mendengar.Banyak perkara yang sering manusia ambil tahu..walaupun terkadang tidak perlu ambil tahu..apatah lagi kalau suatu perkara itu wajar dan mesti diambil tahu.Ada kesilapan berpunca daripada diri sendiri.Ada kesilapan disebabkan orang lain.Ada masanya seseorang itu menjadi mangsa dan menjadi pemangsa dalam menimbulkan masalah.Ada banyak situasi yang berlaku setiap hari,setiap masa di mana-mana sahaja.Cuma kita tahu atau sebaliknya sahaja.

Bahaya menuding jari.Nanti seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri.Jangan ringan mulut mengata itu ini.Salahnya jangan kita ulang.Ada ketika bila syok sangat menyenaraikan salahnya orang rupa-rupanya diri sendiri lakukan silap yang sama.Andai tahu orang itu salah,jangan ditirulah.KAlau sudah jelas orang itu tidak benar,tidak usahlah diri sendiri pun masuk digarisan yang sama.

Mahu elak ulang kesilapan orang mudah sahaja sebenarnya..rajin-rajin muhasabah diri sendiri bukan mempertahankan diri dengan mengoyakkan lagi aibnya orang.Nanti tiada bezalah diri sendiri dengan orang lain yang telah dan sedang membuat kesilapan.

Tiada kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan.
Kecuali nyawa sudah mendekat kerongkong. 
Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Memang betul utk kita belajar dari kesalahan orang lain dan selalu mengingatkan kita sendiri jangan ulangkan kesalahan itu.

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. setiap hari adalah peluang untuk kita perbaharui diri. inshaAllah fighting!

    BalasPadam
  3. kesilapan yang berulang itu malang....

    BalasPadam
  4. Betul tu ambil iktibar dari kesilapan orang jangan ulangi benda yang sama.

    Jangan jadi kurang cerdik asyik terjatuh di lubang yang sama walhal kita dah tahu disitu berlubang ikutlah jalan yang lain yang tiada lubang.

    BalasPadam
  5. Ambil kira kesilapan orang atau diri sendiri sebagai ikhtibar

    BalasPadam
  6. Berusaha mengambil iktibar diatas kesalahan orang lain dan elakkan dari melakukannya.. Satu jari ditunding keluar, selehihnya menunding pada kita..

    BalasPadam
  7. Setiap kita pasti ada kesilapan. Sama2lah kita belajar dari kesilapan kita juga orang lain, untuk memperbaiki lagi keberadaan diri kita, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama