بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MINTA DIKETUK DULU |Bergerak sendiri tanpa disuruh berkali-kali itu bagus.Sekali,dua kali paling tidak pun tiga kali terima arahan atau penerangan atau bertanya..itu adatlah..manusia biasakan..ada masanya terlupa atau kurang yakin.Kemudian perlahan-lahan bergerak dan lakukan seperti apa yang diarahkan hingga selesai.
Dalam kehidupan ini ada banyak ragam manusia.Minta diketuk dulu.Macam paku..sekali ketuk sekali masuk..tak diketuk macam itulah dia sampai ke sudah.Hujan panas..sudahnya berkarat.Hehehe.
Minta Diketuk Dulu | Google Image
Ada orang suka terima arahan.Lebih selesa terima arahan dan siaga buat kerja berbanding memberi arahan.Ada orang tak suka terima arahan kerana berasakan mampu buat sendiri tanpa dan tidak mahu takanan.Ada juga diketuk tak jalan..tak diketuk apatah lagi.Allahuakbar.Krik..krik.
Sampai bila.Sampai bila-bilakah.Sampai orang yang rajin tegur menjadi malaskah atau sampai kemarahan mula memercikkan apinya.Sesekali barangkali tidak menjadi isu besar pun minta diketuk dulu.Namun kalau sentiasa boleh menipiskan kesabar orang lain juga.
Tidak semestinya dalam urusan pekerjaan..sebenarnya banyak perkara yang kadang macam sengaja dilengahkan.Suka diambil mudah dan selalu dipinggirkan.Jangan minta diketuk dulu baru bergerak..baru bertindak..baru melakukan.Ianya satu tabiat yang kurang sihat.Bukan diri sendiri sahaja yang susah,orang lain pun terheret sama.
Sekian.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
Huhuhu kekecik dulu selalu la kena dengan mak. Kena suruh dulu baru buat 😂🤣
BalasPadamSamalah..hehehehehe..tapi kalau suruh main tak payah disuruh berdesup saja..itulah kenangan manis zaman kanak-kanak..
Padamsatu peringatan yang baik...terima kasih pc! kena ketuk diri sendiri selalu...
BalasPadamterima kasih..betul lagi-lagi dalam bab perbaiki diri kalau PC ni..memang kena ada selalu orang lain ingatkan.
Padamkesedaran diri sendiri tu perlu. tapi kadang alpa jugak. Allahu :(
BalasPadambetul sangat..kerana kita tidak lepas dari khilaf.
PadamMmg kesedaran diri tu perlu utk sentiasa sedar atas kelemahan dan kekurangan. Diri ini pun tak terkecuali.. t kasih atas perkongsian peringatan ini PC.
BalasPadam