Seiring Denyut Nadi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEIRING DENYUT NADI | Andai Allah swt izin kita hidup di dunia ini sehingga usia 80 tahun itu rezeki.Banyak perkara telah kita lakukan.Ada banyak perkara juga kita mahu lakukan.Moga cuma perkara-perkara baik yang Allah swt dekatkan untuk kita lakukan.Bahagianyakan bila lebih lama dapat bersama-sama dengan insan-insan yang kita sayangi.Allahu.

Namun pernah tak kita terfikir..dalam berasa bahagia dengan mengecapi banyaknya nikmat ketika dipinjamkan usia yang panjang  di dunia..hakikat sebenar kehidupan kita di alam kubur pula bagaimana.Boleh sahaja usia kita ketika di alam kubur itu lebih lama berbanding usia kita di dunia dulu.

Kerana kiamat itu menjadi rahsia.Hidup di dunia kemudian di matikan.Beralih pula ke alam kubur.Menanti sehingga kiamat itu berlaku boleh sahaja beratus tahun lagi.Justeru itu..sementara masih bernafas..

Seiring denyut nadi.Selagi mampu dan berdaya..isilah kesempatan yang ada dengan sekecil-kecil kebaikkan hinngga sebesar-besar kebajikan.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
As-Saff 61:1

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama