بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BERATNYA SATU METER. Sehingga kini kes masih lagi berada ditakuk empat digit. Kalau berkurang pun sedikit. Tambah kadang luar jangka. Namun masih sahaja selalunya berada diskala empat digit. Moga semkain hari jumlahnya semakin berkurang. Angkanya semakin mengecil dan senyuman benar-benar lega dan bahagia terpamer diwajah kita semua. Seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pandemik ini. Sekarang kita senyum namun ada rasa beban difikiran dan perasaan. Beban rasa risau dan takut. Beban perasaan. Bukan tidak bersyukur. Bukan bersangka buruk dengan Allah SWT, namun manusia biasa rasa risau itu suatu yang alami. Semua orang rasai.
Beratnya Satu Meter
Kita belum menang. Kerana kalau kita mahu menang Allah mahu kita bersatu. Bersatu hati dan berganding bahu. Bukan kau, kau. Tidak aku, aku. Jangan leka atau alpa bukan cuma untuk segelintir sahaja tapi untuk semua. Ya kita semua tidak boleh leka ikut suka dan buat-buat alpa. Kerana nanti yang benar-banar menjada dan tidak alpa terheret sama.
Kenapa sudah banyak peringatan diberi, nasihat disebarkan namun masih tetap meingkat angkanya setiap hari?. Ini semua berpunca daripada beratnya satu meter. Alah satu meter je. Namun berapa ramai yang boleh patuh sehingga hari ini. Barapa ramai yang pandang satu meter itu serius dan memberi kesan besar satu sama lain.
Lapan bulan. Diam tak diam dah lapan bulan kita semua berada dalam situasi pandemik ini. Tidak siapa menyangka ianya memberi kesan hingga sejauh ini. Diharapkan cuma hari menjadi minggu. Berdoa cuma minggu menjadi bulan. Tidak mustahil menjadi tahun.
Biar banyak pihak yang terkesan, hidup perlu diteruskan. Ibarat berada dalam sampan ditengah tasik. Pendayung pula patah. Mahu tidak mahu tetap perlu berusaha untuk menggerakkan sampai ke tepi tasik. Begitulah situasi sekarang. Perut tetap perlu diisi. Hutang piutang teap mesti dilunas. Sakit pening menuntut rawatan dan ubatan.
Sedar atau tidak, banyak yang telah berubah, tapi masih banyak yang perlu kita ubah. Semoga apa sahaja perubahan baik walau kecik yang kita telah mula dan lakukan menjadi asbab Allah SWT lindungi kita semua. Aamiin.
Beratnya satu meter.
Sekian.
Salam PC, uncle rasa PC ada masalah link selepas PC tinggalkan komen. Bila uncle klik pada PC, tak jumpa... Cuba cek...? TQ! (abaikan jika tiada maalah) :D
BalasPadamWaalaikumusalam uncle. Terima kasih maklumkan ya uncle. PC cuba tengok.
Padamkan..kadang2 heran jugak kenapa ada yang tak jaga jarak 1 meter ni..adeii..
BalasPadameh eh sama la template kita..hihihi..cantik header baru!
Merisaukan. Macam tak ada apa-apa gitu.
PadamSama ye. Yeyyy. Dah lama dalam simpanan template ni. Header paling ringkas sedunia tu CikSun.
alaaa kenapa tukar?? hahahahah
Padamcovid ni x nampak, cuba nampak..bukan kata 1 meter..silap² x berani nak keluar rumah dah
BalasPadamKan. Setuju. Betul.
Padambenda yang tak nampak ni susah sbb ada manusia yg cepat lupa.. bila kita alpa dan lupa. .dia kembali merebak
BalasPadamBetul sangat-sangat. Itu yang selalu alpa.
Padampasti ada hikmahnya.
BalasPadamTiada yang sia-sia daripada Allah SWT kan wak.
Padam
BalasPadamHai,jemput join GA saya :)
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
semoga dugaan ni cepat berlalu..
BalasPadam