BETUL KE CUACA PANAS MEMACU KEMARAHAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Assalammualaikum wbt. Atau sebenarnya menjadi asbab kecil membesarkan atau menambah rasa marah yang sudah sedia ada. Selesa suatu yang dimahukan semua orang. Selesa yang macam mana itu pilihan dan cara masing-masing.
Kalau jenis mudah marah, ribut petir sejuk menggigil pun tetap marah-marah juga. Kalau jenis sabar, tenang dan santai, kau letak la dekat mana pun inshaAllah tak mudah marah. Kalau cuacalah topiknya.
Tak selesa memang boleh kacau mood. Sesiapa pun. Dan ketika cuaca panas, kurang selesa, tidak mustahil ya juga boleh jadi cepat marah. Berasap cuping telinga ya. Lagi kalau ada yang sengaja buat pasal. Nah memang meminta sangat-sangat.
Betul ke atau tidak, berbalik pada diri sendiri sebenarnya. PC pun dengar orang cakap. Bila fikir balik, tergerak nak kongsi diblog pulak. Kalau anak kecil mungkin ya, cuaca panas ditambah bila ada yang ekzima ianya boleh menjadikan kanak-kanak tersebut mudah merengek atau marah. Marahnya anak-anak biasalah, nangis dan gelisah sentiasa.
Jadi betul ke cuaca panas memacu kemarahan. Boleh jadi ya dan mungkin juga tidak. Bergantung pada individu dan situasi ketika itu. Namun kita syukuri sahaja setiap nikmat. Bila cuaca panas moga menambah rezeki para peniaga. Terutama peniaga yang berniaga minuman. Aamiin. Aduh sedap juga ni kalau dapat minum air kelapa muda.
Tinta PC ❤
Betul ke Cuaca Panas Memacu Kemarahan
Tags:
Santai
betul tu, cuaca panas mmg salah satu punca kemarahan
BalasPadamBetul PC...SA macam tu la sekarang ni....kadang sebab benda kecik je pun melibatkan cuaca panas
BalasPadamTak jugak bagi saya, kalau memang sifat asli dia seorang pemarah. Cuaca sejuk ke panas ke, kalau nak marah, tetap akan marah :D
BalasPadamRasanya tiada kaitan di antara cuaca panas dan perasaan marah
BalasPadamlega minum air kelapa muda hlg bahang panas
BalasPadamnak tau tak, mama buat kajian sendiri dan mama perasan musim panas ni kadar jenayah pun makin byk.. tak tau la betul ke tak itu menurut pemerhatian mama je
BalasPadam