SUDAH BERSEDIAKAH KITA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Menuju sepuluh malam terakhir dibulan Ramadan, sudah bersediakah kita semua. Kalau sebut bersedia terkadang sukar untuk diperjelaskan. PC sendiri pun kadang mulut dan hati kata bersedia tapi mampu tubuh bercanggah pula. Boleh jadi kurang sihat dan sebagainya. Sebaliknya juga boleh terjadi, kadang tubuh sihat segar bugar eh hati dan fikiran kalah dengan nafsu pula. Yakin, bila Allah izin ianya tentu terjadi dengan syarat usaha dulu.
Berbaki sepuluh malam lagi, Ya Allah. Macam tak percaya je. Hari-hari dengar orang main mercun, rupanya tinggal sepuluh hari Ramadan tahun ini. Rezeki Ramadan kita itu rahsia Allah swt. Bulan Ramadan bulan turunnya Al Quran. Dalam bulan Ramadam ada Malam Lailatulqadar. Fasa akhir Ramadan yang mewah dengan kasih sayang Allah swt kepada hamba-hambaNYA. Peluang yang ada mohon pengampunan daripada Allah swt. Mohon sungguh-sungguh. Siapa tahu ini rezeki Ramadan kita yang terakhir. Kita tak pernah tahu pun rezeki yang terkandung dalam takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita sebelum langit dan bumi ini dicipta pun sebenarnya.
Sudah bersediakah kita. Banyak perkara kita langsung tidak bersedia, atau bersedia ala kadar tapi itu yang Allah beri kerana DIA lebih mengenali kita. kadang betul-betul bersedia tapi DIA belum mahu beri dan ditangguhkan dahulu itu pun kerana DIA lebih tahu kita bagaimana. Ada masanya kita perlu ajar diri untuk bersedia. Bersedia merebut dan mengisi peluang yang ada. Kesempatan yang ada, paksa diri gandakan amalan dalam detik-detik dan hari yang berbaki dibulan mulia ini. Bissmillah.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sudah bersediakah kita
Tags:
Santai
In syaa Allah.
BalasPadamTingkatkan amalan kita di hari2 akhir ramadan ini
semoga dpt melakukan amalan dgn bersungguh
BalasPadambanyak lagi kan yg kita masih tak bersedia... hmmm
BalasPadam