CABARAN KEMBALI KE SEKOLAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sepanjang PKP dilaksanakan, satu hal baharu adalah sistem pendidikan turut sama berlaku rombakan, sistem pengajaran dan pembelajaran. Daripada bersemuka di sekolah bertukar kepada Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah [PDPR]. Tidak mudah untuk diterima pada peringkat awalnya oleh semua pihak. Guru, pelajar dan ibu bapa.
Tambahan lagi tidak semua keluarga ada kemudahan di rumah masing-masing untuk melaksanakan PDPR. Awal-awal dulu. Macam-macam pendapat. Pelbagai pandangan. Kedengaran suara-suara yang sedap dan tidak sedap didengari. Namun begitu lama kelamaan semuanya seperti suadah sangat terbiasa. Sudah selesa dan boleh menerima walau tidak sepenuhnya.
Perbezaan suasana tetap ada. Memang jauh beza. Lebih seronok datang ke sekolah. Boleh belajar. Boleh bertemu kawan-kawan. Macam anak-anak buah PC pun mereka lebih suka dan teruja belajar di sekolah. Dapat jumpa cikgu. Dapat jumpa kawan-kawan. Lagi seronok dan lagi menjiwai. "lagi best la ummi'' kata mereka bila ditanya.. ''kakak dengan adik tak sabar nak pergi sekolah''.
Tapi tidak kurang juga yang dek kerana sudah berasa selesa dengan kaedah PDPR jadi tidak suka pergi ke sekolah. Nah, cabaran besar kepada ibu bapa nak memujuk dan menjelaskan kepada anak-anak mereka. Aduhai. Dugaan sungguh. Jadi tidak hairanlah kalau awal pagi ada sandiwara semasa. Ada babak-babak lucu pujuk memujuk dengan air mata. Kedengaran jugalah pelbagai janji-janji manis si mak bapak dengan anak-anak. Gitu.
Perkara baharu sukar diterima. Hal biasa sukar diubah. Zaman sekarang setiap kita kena bersedia segera beradabtasi dengan kadar yang paling segera. Norma baharu merangkumi banyak aspek. Pelbagai sudut. Semoga kita mudah melaksanakan apa sahaja urusan seharian.
Tinta Perdu Cinta ❤
CABARAN KEMBALI KE SEKOLAH
Tags:
Santai
Bila dah biasa asyik melekat di rumah, tak nak ke sekolah pula.
BalasPadamSemoga negara kita bebas pandemik.
Anak2 ammi alhamdulillah seronok nak ke sekolah. Bila skrg ni dibuat penggiliran dorang jadi tak seronok dah nak PDPR. nak gi sekolah juga walau bukan gilirannya. Pening pulak nak explain dan faham kan yg si darjah 1 ni
BalasPadamSeronoklah dpt jumpa kawan² semula, guru² dan mcm² kat sekolah
BalasPadamSelamat kembali ke sekolah
BalasPadamADAPTASI NORMA BARU ERA ENDEMIK
BalasPadamDalam keadaan sekarang ni. Nak tak nak kita kena adapt dengan perubahan yang baru. Seronok msing masing dalam pergi sekolah belajar macam biasa dan jumpa kawan kawan.
BalasPadamTak dinafikan ada yang tak nak datang sekolah..keraguan ibubapa satu hal kan..
BalasPadamada yg bersemangat ada yg taknak
BalasPadamhe hee ragam2. nk sek semula ni