BERGURAU SENDA BAWA BAHAGIA

BERGURAU SENDA BAWA BAHAGIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SESIAPA SAHAJA  perlukan hiburan. Keperluan sosial. Bagi PC bergurau senda itu salah satu cabang hiburan. Kalau pun tidak untuk tontonan umum, cuma untuk pasangan suami isteri atau sekeluarga dan anak beranak, ianya tetap sahaja menjadi benih-benih hiburan. Mahal. 

mahu menghidupkan suasana ceria, aman damai dan mewah dalam seubuah keluarga tak kiralah keluarga besar atau kecil ianya sangat tidak mudah. Kerana masing-masing ada cara dan pendirian masing-masing apatah lagi apabila masing-masing sudah ada pasangan. Akan ada cara baharu tersendiri. Ada tatacara dan tatatertib yang mungkin berbeza satu kelaurga dengan satu keluarga yang lain walaupun adik beradik.

Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan, hidupkan rasa dijiwa dan wujudkan aura-aura positif adalah dengan bergurau senda. Tapi tidak semua orang ada bakat dan kemampuan untuk menghidupkan suasana. Ada yang memang mudah bergurau senda. Dialah pencetus dan dialah mewah bahan. Ada yang diam dan berwajah serius. Huh boleh jadi tekanan kalau PC berada dilingkunagan sentiasa serius. Lagi parah bila orang bergurau senda, buat lawak dia muka ketat. 

Hidup biar seimbang. Ingat akhirat untuk sedarkan kita perlu bekerja kerasa di dunia. Di dunia jangan terlalu serius. jangan terlalu bermain-main. Ikut masa. Letakkan dan lakukan ikut keperluannya. Kalau ikut kehendak boleh jadi terbabas ke mana-mana nanti. Sebab itu PC lebih ikut keperluan. kalau niat bergurau senda untuk bawa bahagia, in sya Allah dalam gurau senda itu tidak akan menyakiti. Takkan la kita bergurau senda kita sahaja bahagia. Orang lain menjeruk rasa. Tak pasal-pasal dosa.

Orang kata, kalau rajin bergurau senda awet muda. Sebab selalu tersenyum dan ketawa. Hati riang. Fikiran lapang. Rezeki pun mudah mendekat. Rahmat Allah pun senang nak masuk dalam keluarga dan kediaman kita. Allhummaamiin. Mudah-mudahan kita boleh lakukan. Amalkan. jadikan bergurau senda satu hal yang baik untuk diterapkan dalam diri dan keluarga kita. Paling penting menghormati dan jaga perasaan ok. Lagi satu kalau nak bergurau senda pastikan dengan orang yang tepat. Sama-sama ketawa kerana bergurau senda jangan ketawa bersama-sama mempersedakan orang lain.

Tinta Perdu Cinta ❤
BERGURAU SENDA BAWA BAHAGIA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Suka bergurau dan mengusik anak anak. Semoga akan jadi kenangan untuk mereka bila dah besar nanti.

    BalasPadam
  2. Kami cuma bertiga je di rumah tapi masing masing suka bergurau. Rumah bising macam ada sepuluh orang.

    BalasPadam
  3. org yg hapi selalu senyum awet muda.... hehe betul tu

    BalasPadam
  4. Hidup kena ceria. Perlu ada senda gurau tu kan. Barulah gembira. Asyik nak sentap tak leh bawak bergurau susah jugak tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama