AMBIL DAN MENCARI HIKMAH TURUNNYA HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BEBERAPA HARI INIalhamdulillah hujan turun setiap hari, cuma waktunya sahaja berbeza. Kadang awal pagi sebelum subuh. Kadang selepas maghrib. Adakala seharian hujan turun dengan lebat. Saat ini pun sudah gelap dan kedengaran bunyi guruh. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas kurniaan hujan. Terima kasih Allah masih izini PC berkongsi sesuatu dibloh ini. Semoga semua sahabat blogger berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt. Aamiin.
Kes COVID19 semakin meningkat. Sudah ramai yang menerima vaksin dos pertama, kedua dan penggalak, namun ianya tidak menghalang kes daripada terus meningkat semula sekarang. Vaksin itu adalah usaha. Usaha kita sebagai hambaNYA dan sebagai warganegara. Dua tahun sudah kita berada dalam situasi mencabar. Mencabar mental dan emosi. Segenap sudut menjadi tidak kena. Justeru apabila melihat jumlah kes yang kian meningkat tidak mustahil menimbulkan rasa yang berkecamuk difikiran dan perasaan bagai dihempas dan berkecai.
Ramadan dan Syawal kian mendekat. Nampak macam masih lama, sebenarnya tidak. Semakin masing-masing berasa cemas dan membayangkan keadaan dua tahun lepas bakal kembali terjadi, masa akan semakin capat berlalu. Mahu menjalani ibadah puasa seperti biasa. Mahu pulang ke kampung macam tahun-tahun sebelum COVID19 menyerang negara kita. Maka tidak hairan la sekarang masing-masing berasa gelisah dan gundah. PC TIDAK terkecuali walaupun telah dikhbarkan bahawa tiada lagi PKP melainkan kawasan tertentu di mana kesnya tinggi sahaja.
PC berdoa, apabila hujan kerap turun ni orang akan kurang keluar rumah. Maka kuranglah sedikit masing-masing berada lebih lama di luar rumah bertemu dan berkumpul dikhalayak ramai tempat awam. Kalau pun keluar mungkin cuma bersendirian mencari apa yang perlu sahaja. Tidak membawa keluarga juga. Mungkin ini cuma cara atau kaedah yang memberi kesan kecil sahaja kerana tidak semua tempat hujan. Lagi satu kita semua ni berdoalah sungguh-sungguh. Semoga kes kembali menurun. Keadaan betul-betul pulih.
Rasa macam dah lama tak cerita pasal COVID19 ni, tapi bila tengok kes semakin meningkat ada satu rasa pedih dihati. Mungkin risau keadaan akan bertambah parah dan apa sahaja arahan atau kenyataan sebelum-sebelum ini boleh sahaja berubah bila-bila masa. Tidak ada siapa yang tahu. Harapnya tidaklah. Apabila mendengar titisan hujan bagai memujuk hati. Tenang. Lapang dada dan fikiran. Sejuk. Allah baik sangat. Memujuk dan memberi penyelesaian dengan caraNYA yang paling indah dan mudah. Alhamdulillah.
Tinta Perdu Cinta ❤
AMBIL DAN MENCARI HIKMAH TURUNNYA HUJAN
Tags:
Santai
Betul juga teori kerap hujan tu lah... Tak terfikir uncle!
BalasPadamDah dua tahun tak dapat baraan marhaban
BalasPadamRisau pulak C19 kes semakin meningkat
Kes makin naik memang risau tak dapat nak balik beraya kat kampung lagi tahun nie..
BalasPadamSuka bila hujan, cuma takut membawa banjir pulak
BalasPadam