TUTUP MATA TUTUP TELINGA

TUTUP MATA TUTUP TELINGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA MASA-MASANYA kena tutup mata tutup telinga. Ada waktunya kena buka mata seluas-luasnya dan kena buka telinga seluas-luasnya juga.  Kalau boleh elakkan disamakan sahaja semuanya dalam keadaan apa pun. 

Tutup mata tutup telinga. Perkara tidak baik, tutup mata jangan tengok. Ada banyaklah yang ada disekeliling kita tak wajar dilihat tapi dilihat juga.  Tak sengaja tak apa. Kalau sengaja dosa. Sama juga dengan pendengaran kita. Ada je hal yang tak perlu didengari pun, maka tutuplah telinga. Tak perlu dengar. Tak rugi pun juga. 

TUTUP MATA TUTUP TELINGA

Tapikan, kalau la memang diperlukan untuk buka mata dan buka telinga seluas-luasnya maka lakukanlah. Lagi-lagi kalau ianya melibatkan kesihatan, keselamatan atau apa sahaja yang bawa banyak kebaikkan untuk diri sendiri dan orang lain maka lakukanlah. 

Tak boleh tipu sifat manusia suka nak tahu. Suka nak ambil tahu. Tak kiralah perkara kecil atau besar. Hal serius atau santai-santai. PC sendiri pun mudah untuk suka ambil tahu. Mudah luas mata dan telinga juga. Sampai kadang-kadang marah diri sendiri juga. 

Tutup mata tutup telinga bukan mudah. Cakap memang senang dik. Nak buat seksa dik. Tapi nak atau tidak memang kena buat jugalah. Sebab daripada mata dan telinga hujungnya mulut. Itulah yang kena hati-hati. 

Kesimpulannya, pandai-pandailah ketika bila perlu tutup mata tutup telinga dan bila masa kena buka mata buka telinga. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TUTUP MATA TUTUP TELINGA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama