SEBENAR-BENARNYA NIKMAT ITU SYURGA

SEBENAR-BENARNYA NIKMAT ITU SYURGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MATI ITU SATU yang sangat pasti terjadi. Bertemu berpisah. Awal akhir. Hidup mati. Tak dapat lari. Tak boleh sembunyi pun. 

Hidup itu rezeki. Dalam rezeki ada nikmatnya. Banyak nikmat. Bila dapat apa yang dihajati itu nikmat. Sangat-sangat. Contoh nikmat kecil yang ringkas dan senang, hujan turun tatkala panas terik. Bahang bertukar sejuk. Nikmatkan.

Pecahan dan difinisi nikmat berbeza-beza bagi setiap orang. Cuba tanya. Pasti akan ada persepsi berlainan apa itu nikmat mengikut versi masing-masing. Ada yang suka puasa, kerana jadi nikmat bagi dirinya. Ada yang suka  bersedekah itu nikmat lain macam pada dirinya. Ada yang suka bergosip pun itu nikmat bagi dia. Ada macam-macam.

Ya Allah.. nikmatnya. Ini yang selalu terucap pada mulut kita. Betullah tu. Dan kemudian kita pun bersyukur. Ucap alhamdulillah. Sudah cukupkah SEBENAR-BENARNYA nikmat yang kita nikmati. Hakikatnya nikmat di dunia ini cuma sedikit. Bukan apa-apa pun. SEBENAR-BENARNYA nikmat itu syurga.

SEBENAR-BENARNYA NIKMAT ITU SYURGA
GAMBAR HIASAN

Nikmat hakiki. Tidak tertanding dengan sebarang nikmat yang kita kecapi di dunia ini. Tempat paling indah, paling nikmat, paling bahagia, paling yang terpaling sangat-sangat. Nak apa semua ada. Nak buat apa semua boleh. Silakan. Allahu. Berdoalah syurga menjadi singgahsana terakhir kita dengan insan-insan yang dulu sama-sama kita di dunia. Ibu bapa, suami isteri,  anak-anak, haiwan kesayangan dan semuanyalah. Ya Allah.  MasyaAllah. AllahuAkbar.

Dunia ini syurga?. Tidak!

NOTA PC : dunia nikmat sementara tapi itulah yang selalu pc terpedaya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama