BILA ASYIK SALAH YANG DICARI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. NGERI. TAKUT. RISAU. Tengok situasi sekarang. Semakin mencabar. Sangat-sangat. Bukan main-main.
MUDAH. Siapa yang tak suka perkara mudah. Siapa la yang tak suka perkara remeh temeh tapi hot. Yang panas dan sensasi itu yang selalu dicari. Mudahkan. Tak sampai seminit dah tersebar sana sini. Mudahkan. Oh sangat mudah.
Lebih mudah bab cari salah. Adoi. Stress bila ada yang cari salah je. Rasa hidup macam tak berkembang. Macam mana nak berkembang dah kalau salah serba serbi. Kuuuusemangat oii.
BILA ASYIK SALAH YANG DICARI, bukan untung, tapi rugi yang dapat. Dosa satu hal. Boleh jadi fitnah. Boleh jadi sangka buruk. Retak dan dingin ukhwah. Banyak buruk berbanding baiknya. Serius. Buang masa je. Hati tak tenang. Fikiran serabut. Adoi.
Satu hal yang PC takut adalah bila libatkan ibu bapa yang mudah cari salah anak-anak segenap sudut. Kesian anak-anak sebab tak pasal-pasal jadi anak derhaka. Kita semua manusia. Ibu bapa, anak-anak, adik beradik, jiran tetangga.. pasti ada kurangnya di mana-mana.
NOTA PC : sedih
Tags:
Santai