CERITA DISEBALIKNYA

CERITA DISEBALIKNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. SELALU YANG kita lihat dan diperlihatkan adalah hasil akhirnya. Kecuali memang kita tahu cerita daripada awal atau memang ikuti dari mula. Awal, tengah dan akhir kita memang tahu. Itu lain.

Ada yang suka beritahu dari awal. Awal-awal dimaklumkan. Supaya ada apa-apa mudah. Ada yang sebaliknya, lebih suka tunjuk hasil akhir. Bila ditanya baharulah bercerita. Gitu. Tapi, bukan semua boleh diikuti dari awal. Kadang orang yang rapat dengan kita pun kita tak tau apa-apa. Yang kita tahu dan lihat itu hasil akhirnya.

CERITA DISEBALIKNYA

Pencapaian adalah sesuatu yang dipilih untuk dimaklumi oleh orang lain berbanding prosesnya. Kita menilai. Kita juga dinilai. Tak kiralah apa sahaja pada orang dan apa sahaja pada kita. Yang orang boleh nampak, dan apa yang kita nampak pada orang lain.

Cerita disebaliknya. Baik itu kegembiraan. Atau tangisan. Baik itu kejayaan. Atau kegagalan. Baik itu kebahagiaan. Atau peneritaan. PC percaya sema ada cerita disebaliknya. Bila PC dengar atau lihat depan mata, apa pun itu 'hasilnya'.. percayalah tentu ada cerita disebaliknya yang mahu disimpan atau boleh dikongsikan.

Oleh kerana ada cerita disebaliknya, mungkin kita perlu dan boleh berubah. Mula pilih mana cara yang betul. Apa yang baik. Bagaimana tidak terpengaruh dan tidak buang-buang pahala juga. Cerita disebaliknya itu ADA MANIS, ADA PAHIT. Boleh jadi hasilnya manis hasil daripada cerita dosebaliknya tersangatlah pahit. Tidak mustahil hasil yang pahit itu akibat jalan ceritanya terlalu manis hingga terlupa semuanya sementara dan dipinjamkan.

Cerita disebaliknya itu mahal..

NOTA PC : termenung 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setiap peristiwa dalam kehidupan, pasti ada kisah di sebaliknya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama