JARAK DAN WAKTU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. TEWAS atau menang dek jarak dan waktu. Ada masanya manusia tewas kerana jarak dan waktu. Tidak kurang yang memang dan terus mara kerana jarak dan waktu. Mahu mengalah atau mahu terus melangkah. Menjadi alasan atau mencari solusi teruskan kehidupan.
Jarak dan waktu. Jarak, jauh atau dekat tetap sahaja jarak. Tetap juga diukurnya begitu. Ada jarak. Bezanya jaraknya itu jauh berpuluh atau beribu kilometer atau mungkin sekadar bak pepatah sekangkang kera sahaja. Mungkin juga cuma sejengkal. Itu kiasannya. Membayangkan kadar jaraknya. Jarak tetap jarak.
Garis waktu. Setiap orang ada garis waktu masing-masing. Setiap kita jumlah waktunya sama. Pun juga waktu yang Allah pinjamkan. Cuma yang selalu membezakan adalah perubahan apa yang terjadi di waktu yang ada. Atau mungkin walau waktu berubah, tetap masih utuh dengan persamaan tidak ada perubahan apa pun.
Ada orang tidak goyah atau berubah dek kerana jarak dan waktu. Ada orang dari awal lagi sudah berubah dengan mudah-mudahnya. Dengan pantasnya. Mahu tidak mahu itulah hakikatnya hidup.
Jarak dan waktu. Sesama yang masih hidup. Atau yang masih hidup dengan yang telah tiada. Jarak dan waktu itu boleh menjadi sebab atau alasan. Balik pada diri sendiri. Jarak yang jauh kadangkala menjadikan hubungan semakin dekat dan erat. Tempoh waktu yang lama dan panjang ada masanya buat-buat bertambah sayang, rindu dan lebih menghargai. Tak kisahlah hidup - hidup atau hidup - mati.
Kita boleh usahakan dan buktikan bahawa jarak dan waktu bukan alasan besar untuk memburukkan keadaan.
NOTA PC : TERUS USAHA
Tags:
Santai
dan setiap orang juga ada waktu nya sendiri yang telah Allah tetapkan, waktu paling terbaik dalam hidupnya di mana segala impian tercapai..
BalasPadamjarak dan waktu memisahkan sesuatu
BalasPadam