SUARA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum semua
Tiga rasa ikan siakap
Sepinggan semua habis
Kering tekak asyik bercakap
Tidak diikut walau secebis
Cukup waktu akan bersara
Bersara tugas bersara semua
Satu suara tetap suara
Jangan dipandang sebelah mata
Sedih mata berkaca-kaca
Tanggung rasa sebak jiwa
Tegas bersuara saat bicara
Tegak hati kerana DIA
Sangat indah dan selesa
Bahagia jiwa nikmati alamNYA
Lantang bersuara ada hikmahnya
Jangan langgar adab sesama
Pergi pasar beli gula
Gula merah untuk masakan
Sebab apa mahu bersuara
Jelas alasan sila mulakan
Tanam pokok ati-ati
Tiga pasu kesemuanya
Suara menjadi bayangan hati
Kelak dipersoal semuanya
NOTA PC : bersuara tidak salah cuma kadang macam tidak dipeduli oleh orang
Tags:
Pantun
Semoga semua baik2 aje
BalasPadamSebelum bersuara, kena pikir baik buruknya. Bimbang tersalah kata, buruk padahnya. Kan..
BalasPadamkadang-kadang pendam je dalam hati. pastu makan diri. huhu
BalasPadam