DINGIN SENJA SELEPAS HUJAN

DINGIN SENJA SELEPAS HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HUJAN SELEBAT-LEBATNYA. Waktu senja. Waktu azan maghrib berkumandang. Sejuk. Ada kilat. Ada guruh. Kecut perut. Berdebar hati.

Babah dengan encik suami ke surau. Dulu PC akan tinggal berdua dengan mama di rumah bila babah dengan encik suami ke surau ke atau ke masjid. Sekarang tetap bersama juga. PC dengan kenangan bersama-sama mama. Rasa mama sentiasa ada. Ya,, ada!.. selalu ada!.


DINGIN HUJAN terbawa hingga ke malam hari. Kata babah rasa sejuk ni bahaya. Cabaran iman. Betul juga. Mata mudah ngantuk. Sejuk-sejuk tarik selimut.. tidur. Semua dilanggar. Lena beradu. Gitu.

Duduk dianjung.. senja sambil tengok derasnya hujan turun, pulak ada angin yang bertiup, Allahu. Nikmat. Hujan-hujan tulah burung-burung sibuk pulang ke sarang. Riuh. Ada tu macam sengaja dia main hujan la pulak. Geli hati tengok. 

DINGIN SENJA SELEPAS HUJAN.. rezeki sepanjang hari panas terik lain macam yang dirasa. Fuhhh. Senja bawa ke malam dingin nyaman lain macam. Syukur sangat-sangat. 

NOTA PC  : azan berkumandang damai dijiwa
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama