IKAN BAKAR | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. IKAN BAKAR salah satu menu kegemaran PC. Ada ikan bakar, ada sambal asam atau sambal kicap dah boleh bertambah nasi. Dah bahagia sangat-sangat rasa. Kadang jemu juga bila asyik makan ikan yang berkuah. Sesekali ubah, bakar pun syok makan.
Mama dulu RAJIN bakar ikan. Seminggu sekali ada je menu ikan bakar. Ikan Pari lah. Ikan Kembung la. Ikan Cencarulah. Kadang ikan Terubuk pun mama bakar. Walau tulangnya kuuuuusemangat. Tapi sedap lemak!?!
Bakar ikan kena sabar. Api besar, luar gosong rentong dalam tak masak. Bila api slow lambat masak. Baunya harum semerbak bila dibungkus dengan daun pisang. Fuhhh. Mantap.
Sangat digalakkan makan menu rebus-rebus, ulam-ulaman, bakar-bakar tapi jangan terlajak hangus. Hangus tu yang bahaya untuk kesihatan. Lagi sedap bila bakar ikan tu guna arang. Asap bakaran arang tu yang syok sangat-sangat. Buka selera.
Ikan bakar dibakar molek
Disusun rapi atas pinggan
Bukan cuma paras yang molek
Akhlak terpuji jadi dambaan
NOTA PC : udang cucuk kat lidi.. layangkan atas api sedap juga ni
Tags:
Santai Peribadi
Haa.. memang sedap ikan bakar, tapi tak mahu yg hangit atau dalam tak masak, hihi.
BalasPadamSedapnya ikan bakar cicah air asam...
BalasPadamsuka bakar ikan kalo keli & terubuk fav
BalasPadamsedapnya ikan bakar
BalasPadamBakar pakai kuali ajaib aje
BalasPadamtak risaukan hangus