KEMAMPUAN DAN KEBOLEHAN | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Ada kemampuan. Ada kebolehan. Ada kemampuan tapi tidak berkebolehan. Berkebolehan namun tidak mampu. Macam-macam sangat. Setiap kita ada kisah perkaitan antara kemampuan dan kebolehan. Lain orang lain-lain corak dan jalan ceritanya.
Percayalah, bahawa setiap kita yang Allah izin hidup di muka bumiNYA ini ada kemampuan dan kebolehan masing-masing. Memang dah diberi dari awal lagi. Dari hari pertama atau detik pertama hidup di dalam rahim ibu. PC selalu yakin, tidak ada satupun yang Allah swt cipta itu sia-sia. Mesti ada manfaatnya. Ada kegunaannya. Ada tugasnya dan akan ada kemampuan juga kebolehan yang berserta. Kadang orang lain sedar akan hal ini di mana orang nampak kemampuan dan kebolehan kita. Kadang diri sendiri memang sedar akan hal tersebut.
Kemampuan dan kebolehan tidak semestinya yang besar-besar dan hebat-hebat juga. Kemampuan dan kebolehan ni Tuhan beri sekadar mampu hambaNYA mengurus, mengolah dan memanfaatkan. Kapasiti atau kuantiti mampu dan kebolehan itu setara dengan diri masing-masing. Justeru itu kita kita boleh membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan orang lain dengan diri kita.
Besar kesan kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri dan orang lain. Bila suatu kemampuan dan kebolehan diasah, digilap dan disalurkan pada saluran yang betul dan baik, in syaa Allah bukan diri sendiri sahaja yang merasai nikmatnya malahan orang disekeliling kita pun turut sama menikmatinya. Begitu juga kesan kemampuan dan kebolehan orang lain kepada kita.
Semua makhluk ada kemampuan dan kebolehan masing-masing dengan cara masing-masing. Sama-sama meraikan. Jangan salah guna pada kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri atau orang lain juga.
Sekian
Nota Perdu Cinta : anugerah
Tags:
Santai