SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN KAMI

SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN KAMI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DULU TENGOK. BERANGAN, DUDUK depan pelamin orang bila ikut mama babah pergi majlis perkahwinan. Dulu, zaman tak faham apa itu pernikahan. Apa itu perkahwinan. Bunga manggar jadi sasaran. Dengan kek pengantin. Alhamdulillah biasanya memang dapat 2.. 3 slices kek tu.. 

"ANDAI ANAK KITA HIDUP DAH UMUR 15 TAHUNKAN SAYANG".... tenggelam timbul suara PC cakap dengan encik suami. Sebak sangat-sangat. Sampailah sekarang masih berdua. Allahu. Alhamdulillah. 

SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN KAMI. SABAR. JANGAN JAUH DARIPADA ALLAH SWT. INGAT NIAT DAN JANJI. Ini yang selalu mama babah pesan. Sepak terajang rumahtangga jangan anggap ringan.  Jangan buat tak tahu. Kena cepat-cepat tangani. Cari solusi terbaik kalau ada masalah. Jangan mudah melatah.

Seronoklah dah kahwin. Syoklah ada bini. Ada laki. Ermmmmmm, ada betul dan tidaknya kerana kita bernikah dengan manusia juga. Ada pakej masing-masing.  Setiap detik ada potensi berubah jadi lebih baik aaaaaaaaatauu.... berubah juga.. tapi makin teruk. Haaa. Risiko tetap dan sentiasa ada.

Wahai Allah.. satukan hati yang berjiwa ini sampai nanti malaikat maut Izrail menurut perintahMu. Satukan genggaman tangan kami hingga menjadi penghuni syurga tertinggiMU. Berkati rumahtangga yang kami bina atas dasar cinta dan ibadah kerana Mu dan menyempurnakan fitrah.  Aamiin. 

NOTA PC  : kerana DIA 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat ulang tahun perkahwinan pc. Semoga bahgia till jannah...

    BalasPadam
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke SyurgaNya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama