HELLO MARCH

HELLO MARCH | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI pertama dibulan baharu, bulan ketika kamariah. Alhamdulillah, selamat melangkah ke bulan Mac semua. 

Bulan bermulanya Ramadan 1444H. Masih lagi cuti sekolah. Masih ada lagi juga yang sedang menduduki peperiksaan. PC tahu sebab ada anak buah PC sedang exam.

Baharu hari pertama. Banyak yang boleh direncanakan namun setakat mana berjaya direalisasikan itu Allah swt je yang tahu. Kita usahakan je betul-betul. InshaAllah boleh. Aamiin.

Apa yang menarik bulan Mac ni.. tentu sahaja umat Islam akan mula berpuasa beberapa minggu lagi. Bulan ni juga adalah bulan kelahiran abah dan mak mertua PC. Harapannya dapat kami adik beradik berkumpul sama-sama. 

Kad jemputan pun ada dua tiga keping menanti ikut giliran tarikh. Ada yang berderet berturut-turut. Alhamdulillah. Syukur.

Setiap hari akan ada kisah tertentu. Pelbagai. Usahakan dapat diisi dengan hal yang baik-baik dan banyak faedahnya juga. Aamiin.

NOTA PC  : sempat lagi qada puasa
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama