ANGKARA DENGAR CERITA HANTU

ANGKARA DENGAR CERITA HANTU | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Hihi. SERBA TAK KENA JADINYA. APALAH NAK JADI. Kisahnya Syawal tahun ni. Tak ingat raya ke berapa tapi masih awal raya. Masih di minggu pertama raya. Biasanya memang pergi rumah saudara mara yang tua-tua dulu. Lagi kalau ada yang tak sihat itu fokus dulu.

Ok. Rumah yang kami datang ni memang dekat dengan kawasan tanah wakaf. Dari rumah boleh nampak kubur. Rumah beliau semakin besar dan lebih banyak yang berdinding berbanding sebelum ni, banyak yang bertiang dan berbumbung tapi tak ada dinding. Kenapa?.. katanya dia dan cucunya dah banyak kali nampak hantu. Lagi-lagi cucunya. Aduhh. Masalahnya rumah saudara ni dekat dengan rumah mertua PC.  

Selesai satu cerita. Hari berikutnya mertua PC pergilah ziarah kawan ngajinya. Kampung lain tapi jaraknya dekat dengan kampung yang rumahnya dekat dengan kubur tu. Pun gitu juga. Kawan mak mertua PC cakap dia dengan anaknya ada nampak sesuatu di kawasan rumah dia dan kawasan kubur dekat rumah yang sebelum ni kami pergi tu. Ermmmmm.

Belum selesai ni. PC pun balik rumah babah.  Join marhaban kampung kami. Malam tidur rumah mertua sebab memang giliran di rumah mertua. Jadi nak ringkas, en suami kata kita naik je motor. Pergilah marhaban. Masa tengah marhaban, biasalah lepas marhaban sebelum pindah rumah seterusnya mesti ada makan minum sikit-sikitkan.. Haa ada pulak yang cerita nampak hantu la juga. Ya Allah.  Dalam hati, dah la nak balik semula rumah mertua. Tengah malam buta. 
Naik motor. Gerimis. Lalu banyak kawasan tanah wakaf. Parah ni. 

Penyudahnya balik lalu jalan jauh. Pusing jauh sikit. Kesian en suami PC peluk dia sampai nak semput masa naik motor nak balik dari marhaban tu. Itu belum lagi takut nak pergi bilik air dengan tandas bila dah sampai rumah.. Dalam otak dah fikir macam-macam. Dah terbayang bukan-bukan. Ermmm.

ANGKARA DENGAR CERITA HANTU. Tu yang malas tengok cerita hantu.. nanti susahkan orang lain. Ni dengar la pulak. Allahuakbar. Dugaan sungguh la.

NOTA PC  : boleh demam dibuatnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama