PARUT LUKA COVID19 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENCABAR HIDUP INI. Sungguh!. Semua ada garis waktunya. Semua ada lingkaran takdirnya. Semua ada kisah sendiri. Untuk dikenang dan disimpan atau untuk diceritakan kepada anak cucu.
Satu masa dulu beberapa negeri di negara kita telah dijajah Portugis, Belanda, Ingeris, Jepun. Ya faktanya pernah dijajah. Asalnya datang secara baik dengan alasan berdagang dan sebagainya, berhujung jajahan kerana rapuhnya sana sini prinsip dan pendirian. Masyarakat atau golongan terdahulu yang berhadapan dan melaluinya tentu merasai satu babak kehidupan yang berat dan sangat mencabar. Tidak hairanlah semuanya masih jelas difikiran mereka yang mengalami.
Kemudian Tuhan memberi ujian tidak kepada negara tertentu sebaliknya satu dunia dengan satu virus yang di luar nalar jangkaan manusia akan kewujudan dan kehadirannya. Sangat pantas. Terlalu mencengkam dan sangat-sangat berbahaya. Satu dunia merasainya. Satu dunia tertekan dan terbeban untuk berhadapan dengan virus yang satu ini. Penghujung 2019. Awal 2020. Berlarutan hingga tahun 2021 akhir. Satu masa dulu yang sering diwarwarkan adalah wawasan 2020. Zaman kegemilangan. Namun tidak siapa dapat meneka dan menahan sesuatu yang bakal terjadi. Rupa-rupanya ditahun 2020 rakyat bergelut dan hidup berdampingan dengan satu virus iaitu COVID19. Bahaya. Membunuh.
PARUT LUKA COVID19. JIWA TERTEKAN. FIKIRAN TIDAK TENTU ARAH. Lantaran tekanan hidup yang berat dan meyesakkan kes menjadi kurang siuman, jenayah dan bunuh diri terjadi dan meningkat. Mana tidaknya, setiap hari kes yang dijangkiti meningkat. Kes kematian bertambah. Di saat itu di Malaysia sahaja bilangan kes sebanyak 5780 kes. Bilangan kematian 98. Contoh negara lain seperti United Kingdom, bilangan kes 149569 kes. Manakala bilangan kematian 20381. [Rujuk : Sekretariat Dan Jawatankuasa Khas DOSM Menangani COVID19 - statistik & info media (BDA)].
LUMPUH. Ya, dunia menjadi lumpuh saat virus COVID19 menyelinap masuk dengan garang dan ganasnya. MENYERANG dengan caranya tanpa belas ihsan. Ramai yang tewas. Kalau tidak menyebabkan kehilangan nyawa, hilang semangat dan sebagainya. Semua sudut menjadi hambar. Tawar. Dunia mati. Pucat tidak bernyawa. Serangan yang drastik menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Perintah Kawalan Bersyarat. Darurat. Semua memberi kesan besar kepada setiap negara dan penduduknya. Mati.
Sistem pendidikan terjejas. Tidak kiralah diperingkat sekolah hingga universiti dan pusat pengajian tinggi swasta, semuanya terjejas. Sehingga kini kesannya masih lagi berterusan di negara kita, Malaysia. Disaat pandemik masih panas, di negara seperti Amerika Syarikat, China industri minyak dan gas terjejas teruk dan membimbangkan. Banyak aktiviti pengoperasian yang menyumbang pembangunan ekonomi dihentikan. Banyak syarikat swasta tutup. Meningkat kadar pengangguran sana sini. Penurunan KELUARAN DALAM NEGARA KASAR secara global pun berlaku. Maka semuanya menjadi tidak teratur. Kucar kacir.
Bila kadar pengangguran tinggi. Kuasa membeli sangat rendah. Kadar kebenaran untuk membuat pinjaman peribadi juga terencat. Perancangan untuk membeli atau membina rumah tergendala kerana disaat COVID19 melanda apa yang paling utama adalah melepaskan diri untuk mencari dan mendapatkan wang untuk membeli makanan dan menyelesaikan segala bil-bil yang perlu dilunasi. Perniagaan dalam talian menjadi pilihan saat itu. Itu juga cuma seketika. Sepanjang dua tahun kebelakangan, banyak projek-projek perumahan tergendala. Sehinggakan sesiapa yang ada perancangan mahu membina rumah terpaksa ditangguh atau dibatalkan. Cuti tanpa gaji. Separuh gaji. Semua menjadi masalah yang merebak di saat itu.
COVID19 menjadi parut daripada luka yang tersangat dalam dan parah sekali. Kematian setiap hari di merata tempat. Satu dunia. Sekarang semua sedang bertatih bangkit untuk memulakan semula sedikit demi sedikit. Tidak mudah. Sungguh!. Memerlukan jangka masa yang sangat panjang dan lama sekali. Ditambah situasi sekarang. Mata wang kurang memberangsangkan. Segenap apa yang direncana atau diingini perlu dihitung sebaik-baiknya. Jangan sampai berlebihan agar tidak membazir dan kurangnya jangan sampai tidak kecukupan.
Kita semua mesti sentiasa memotivasikan diri. Selalu mengisi dan mencipta peluang untuk memenuhi tuntutan hidup seharian. Buat perhitungan sebaik-baiknya. Contoh mudah negara UK. Menyediakan real estate Mortgage Calculator UK untuk mengira pendapatan dan kadar keperluan individu. Mudah. Baik kita ambil dan contohi.
NOTA PC : TIADA yang MUSTAHIL
Tags:
Santai Peribadi
Peringatan Allah buat kita semua
BalasPadam