BELI BUAH PULASAN DAN BUAH DOKONG| Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BERBUAH pada pokok sendiri tapi bila rasa nak makan, ada rezeki belilah dikedai. Ha gitulah keadaan sekarang ni. Mana ada rezeki pokok berbuah di rumah, berjaya dikait, dapat la makan. Kalau tidak, anggap tanam pokok bila berbuah tu untuk sedekah je pada monyet, tupai, musang dan landak.
Pokok pulasan depan rumah lebat berbuah cuma rezeki kami tahun ni belum ada lagi. Tak apalah. PC pesan dengan en suami kalau ada terpandang orang jual buah pulasan beli la sikit. Alhamdulillah ada orang jual. Syukur.
Sebelumnya bukan main sana sini situ orang jual buah dokong ni. Macam-macam harganya. Dulu PC kecil-kecil tiga kilo RM10 je. Sekarang tak dapat dah. Take it.. or leave it. Tak tahan. PC dengan buah-buahan ni lain macam sikit. Pantang. Hantuuuu. Maka belilah.. rasanya en suami dah beli tiga kali buah Dokong ni. Alhamdulillah.
Tengok tepi jalan ada jugalah orang jual buah durian. Tapi harganya boleh tahan. Mungkin tak ada persaingankan.. tu yang melambung bukan main. Tapi PC tengok ada je yang beli. Fuyoooo. Kalau dah teringin memang tak boleh bawa bincang. Mahal pun beli.
Setakat ni kami BELI BUAH PULASAN DAN BUAH DOKONG saja la. Esok lusa ada rezeki mana tahu kan.. kan.. beli buah-buahan lain pulak ke. Aamiin. Panas terik. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Stok dokong dah ada. Duduk la kat luar makan buah dokong sambil sembang. Bismillah.
NOTA PC : lama tak makan buah ciku
Tags:
Santai Peribadi