DAPAT MAKAN BUAH MESTA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. REZEKI YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN. Cuma PC sahaja yang tak tahu. Salah satu rahsia daripada Allah untuk hamba-hambaNya. Rezeki.
DAPAT MAKAN BUAH MESTA. Pergi Kuantan. Singgah ziarah rumah mertua adik ipar. Dua ekar kebun penuh dengan pokok manggis, mesta, rambutan dan durian. MasyaAllah. Masuk je pagar, saujana mata memandang setiap pokok yang setiap dahannya buah. Allahu. Rezeki yang Allah swt berikan.
Aroma buah-buahan. Nikmat. Buah manggis memang tidak asing untuk PC. Tapi buah Mesta. Ya. Asing. Memang belum pernah makan lagi. Memang ada dengar tapi tak pernah tengok dan rasa pun. Singgah ziarah ni eh sedang berbuah pokok Manggis dan Mestanya. Durian ada juga berbaki sikit-sikit. Adik ipar petik. Tuan rumah bekalkan sebagai buah tangan. Bawa balik Batu Pahat. Syukur.
BUAH MESTA (Garcinia mangoestana) merupakan sejenis buah yang hampir sama dengan buah manggis malahan ia adalah dari satu famili sama iaitu Clusiaceae. Buah Mesta dipercayai berasal dari Daerah Temerloh, Pahang dan kini telah dibiakkan sebagai sejenis tanaman buah komersil secara monokrop oleh beberapa petani.
Sekali pandang macam sama. Hakikatnya tidak. Bentuknya berbeza. Rasanya pun berbeza juga. Buah Mesta ni kurang berair berbanding buah manggis. Bawahnya lonjong sikit. Lagi satu kurang ada biji. Kiranya lebih puas makan buah Mesta ni. Alhamdulillah. Ada yang manis sangat. Ada yang masam manis. Tapi memang sedap. Bukan bermakna manggis tak sedap tau. PC makan buah Manggis dari kecik. Takkanlah bila dah makan Mesta terus nak reject buah Manggis. Jangan!!. Dua-dua rezeki. Alhamdulillah.
Pengalaman indah dan berharga.
NOTA PC : semoga ada bijinya boleh semai..
Tags:
Santai Peribadi
tak pernah makan lagi buah ni. haah kan..bentuk dia bujur sikit. manggis kalau dapat yang besar memang tak makan sangat.leceh ada biji
BalasPadam