PANAS TERIK BUKAN MAIN-MAIN

PANAS TERIK BUKAN MAIN-MAIN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. TIGA EMPAT HARI NI cuaca lain macam. Sungguh!. Panas macam bulan Ramadan pun ya. Kadang tu rasa panasnya sangat-sangat luar biasa. Selalu terdetik dalam hati, "aku ni banyak dosa sebab tu rasa panasnya lain macam". 

Kerap pening kepala. Kadang sakit satu kepala. Kadang sakit sebelah je. Migraine agaknya la. Allahuakbar. Takut sendiri. Sekarang di dunia, rasa panas lain macam, berteduh. Pasang dan hidupkan kipas. Yang ada aircond, pasang aircond. Hidupkan mungkin 24 jam. Tak pun, duduk bawah pokok rimbun sambil menyeru tiupan angin. Boleh, memang boleh. Tapi nanti bila dah mati.

PANAS TERIK BUKAN MAIN-MAIN
ROJAK  TAUHU. TERIK MENTARI HINGGA MENUJU SENJA.

Selasa, 12 September 2023. Jam 11.20 malam. Di Hospital Sultan Ismail, Johor. Makcik PC kembali ke pangkuan PENCIPTA. Adik ipar babah. Biras mama. Setahun empat bulan mama pergi, tiga hari lepas birasnya pula menyusul. Allahuakbar. Benarlah mati ni tidak cepat atau lewat walau sesaat. Tepat pada waktunya sebagaimana tercatat di Luh Mahfuz. Selesai subuh pagi Rabu, bergegas semua keluarga yang berada di Batu Pahat bergerak ke Johor. Alhamdulillah. Semua selesai dengan mudah. Lancar. Semoga Allah himpunkan allahyarhamah dalam himpunan dan golongan yang dirahmatiNya. Aamiin. 

PANAS TERIK BUKAN MAIN-MAIN. Memang!!. Sungguh-sungguh. Mudah demam. Batuk. Selesema. Tak kiralah anak kecil atau dewasa. Memang mudah dijangkiti penyakit. Panas kering. Dunia macam ni. Macam mana di mahsyar kelak. Macam mana di alam kubur tu. Ya Allah. Nak lari ke mana-mana tak boleh lagi dah. Tidak mustahil ini amaran. Peringatan kepada kita hamba-hambaNya. Ya Allah. Takut.

Masing-masing kena lebih berjaga-jagalah. Minum air masak biasa atau suam lebih. Kurangkan makan atau minum yang sejuk atau terdedah. Kita usaha jaga kesihatan. Selebihnya serah pada Allah swt bagaimana merencanakan yang terbaik untuk kita semua. Aamiin.  

NOTA PC  : terbayang ABC, cendol.. istighfar.. istighfar..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Yelah, saya pun perasan minggu ni panas lebih dari biasa walaupun bila check suhu taklah tinggi sangat.
    Berpeluh-peluh di siang hari dalam rumah, malam tidur pasang a/c pun tak rasa sejuk.

    Salam takziah buat PC sekeluarga atas pemergian makcik. Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.

    BalasPadam
  2. jaga kesihatan pc.. semoga sihat selalu. akak pun sama hari khamis ri tu turun dr ofis cuaca panas terik. masuk kete terus pening... balk umh terus tido... tak leh nak buka mata...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama