SEMAKIN LAMA SEMAKIN MERENDAH

SEMAKIN LAMA SEMAKIN MERENDAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. "ANAK, JANGAN SOMBONG. ADA KE, TAK ADA KE [harta dan lain-lain].. SENTIASA MERENDAH YA".. salah satu pesan mama yang selalu diulang-ulang. Memang sentiasa dipasakkan daripada PC kecil. Apa sahaja pesan dan nasihat mama.. jawapan PC tetap.. "aamiin, insyaAllah ma. Terus doakan Jua ya".

Kian mencabar. Melihat situasi sekarang. Mencabar. Termasuklah untuk mendapatkan keperluan asas. Beras, gula, minyak masak dan lainnya. Tengok harga macam sesak nafas beberapa saat. Tapi gagahkan juga. Sekarang ni memang masing-masing mengeluh. Jangan kata mengeluh tak elok. Jangan kata kurang bersyukur. Rasionalnya kita manusia. Ada masa berasa tertekan dan berat menanggung situasi semasa.

Manusia yang mula memikirkan situasi dan cara mencari solusi itu bererti matang. Sedang berusaha untuk mencari dan mendapatkan yang terbaik ketika menjalani rutin kehidupan. Seharian. Beban dan tanggungjawab yang mesti digalas, tidak mudah-mudahnya jentik ke tepi. Memang kena hadap walau kadang pishangggg.

Masalah tentu ada. Kadang bermula daripada satu masalah tersingkap banyak hikmah dan nikmat. Masalah kita lulus, jangan sampai gagal mengemudi hikmah dan nikmat. Bab hikmah dan nikmat inilah salah satu cara nak selamat atau selamatkan adalah dengan cara, SEMAKIN LAMA SEMAKIN MERENDAH.

Memang boleh buat. Tapi nak istiqhomah tidak semua orang mampu lakukan ya. Iman dan taqwa ada pasang surutnya. Tidak sentiasa pada gred yang paling terbaik. Allahuakbar. Atau ntah-ntah kita ni sesekali perlu juga di rukiyah. Betul tak.

NOTA PC  : nak cari kawan mudah.. nak dapatkan musuh lagi mudah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mak sy dulu pesan, jadilah umpama padi, semakin berisi semakin tunduk 😍

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama