CENDOL, BAKSO DAN ODEN

CENDOL, BAKSO DAN ODEN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. REDA SAHAJA HUJAN en suami ajak keluar. Memang nak beli barang keperluan dapur. Oleh kerana hujan, tu yang hold dululah. Bila hujan dah teduh cepat-cepat siap dan keluar. Memang naik kereta, tapi bila hujan jalan kampung ke pekan pun boleh sesak. Itu ke pekan. Kalau ke bandar.. senget tudung. Silap-silap tercabut pin tudung. Menguap je.

Betul, banyak kenderaan. Agaknya orang lain pun sama, tunggu hujan reda baharulah keluar dengan tujuan masing-masing. Tapi bila guna jalan yang sama.. memang mendapatlah. Cuaca nyaman. Tapi hati panas je. Jalan sesak ni tak perlu tunggu hari raya atau waktu cuti sekolah je. Hari biasa pun sekarang ni kalau sesak dah tak pelik walau kadang tu rasa aneh jugalah. Tapi nak buat macam mana lagi. Bukan kita sendiri yang ada kenderaan. Jalanraya pun bukan kita punya sendiri. Jadi bawa-bawalah berzikir ke.. istighfar ke. Sendiri panas eh sendiri sejuk. 

Bila dah selesai beli apa yang disenaraikan. En suami pun ajaklah jalan-jalan. Gerimis semula la pula. Alhamdulillah. Tekak dahaga. Perut ada rasa lapar la juga walau tipis je rasa lapar ni. "Jom ngeteh ke ngopi ke..atau ngemilo ke".. en suami ajak PC.. tahu isterinya suka air milo kan.. tapi biasanya tak la minum sahaja. Paling tak pun order makanan satu kemudian kongsi. Tapi jarang sangat share. Pilih menu masing-masing kemudia sama-sama rasa-rasa. Gitu.

CENDOL, BAKSO DAN ODEN. 


Cendol.
Gerimis halus. Tapi  tekak rasa nak cendol. Aneh ke aku ni kalau order cendol. Toleh kanan. Toleh kiri. Eh, ada je orang lain yang pesan cendol. Aarghhhh lantaklah. Order je la. Maka PC pun menyendol. Lega rasa.

Mula-mula tak nak makan. Nak minum cendol je. En suami kata makanlah. Tak sedap dia nak makan sendiri. Dipesankan untuk PC bakso. Haaa pun boleh la. Alhamdulillah. Macam nak meletop perut. Cendol dengan kuah bakso bergabung. Ya Allah. Rezeki.

Memang awal lagi en suami nak makan oden. Tak pe la. PC okey je. Tengok berselera pulaknya en suami hirup kuah panas-panas. Dengan aromanya lagi. Fuhhhhh. Nikmat sungguh la. Lagi pedas lagi syok katab en suami. Mana-mana la. Puas hati. Happy.

Semakin lama eh semakin ramai. Cepat-cepat kami makan. Bayar terus gerak balik. Biasalah, bila mendung. Hujan. Perut ada bunyi yang aneh-aneh la pulak macam ada alien la pulak. Takkan dalam perut ada adudu. Hurmmmm.

NOTA PC  : lama tak makan buah ciku
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama