KENAPA DAN KALAU BETUL KE BAHAYA DIGUNAKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MUNGKIN PENDAPAT PC kurang tepat. Tapi rasa tertarik jugalah nak membebel hari ni. Semoga apa yang PC bebelkan ni bukan menjadi tabungan dosalah ya. Aamiin.
KENAPA?.. KALAU!.. memang dua patah kata sahaja tapi memecahkan kedamaian hati dengan pelbagai pendapat. Berdebat. Semua nak mengaku diri dia betul. Mengaku salah kan bahaya. Tak gitu. Nak mengaku salah mesti fikir banyak kalikan. Sebenarnya jalan tengahnya mudah.. mengaku tak tahu. Itu sahaja. "Maaf saya tak tahu"..
Salah ke guna perkataan KENAPA dan KALAU. Mungkin ada dalil daripada Al Quran. Mungkin juga ada petikan hadith tertentu. Mungkin ada pendapat para ulama. Yang sahih. Tapi yang ini adalah pendapat peribadi PC. Boleh jadi salah. Boleh jadi ada sikit-sikit je pun yang betul.
Macam ni.. kita ni manusia, sesabar macam mana pun. Sekental apa pun. Sado macam mana pun. Sesekali tewas juga. Tewas macam mana yang PC maksudkan?. MENGELUH. MERATAPI NASIB YANG MENIMPA. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan ujian Allah swt. Iman PC la terutamanya rapuh. Sebab itulah sesekali ada je keluhan yang terluah pada mulut ni. Kalau tak pada lisan.. pada tulisan atau catatan.
Ada yang kata, bila Allah swt uji, kita sedang berhadapan dengan ujian jangan mengeluh. Itu tanda tak reda. Sekali lagi, otak kita yang berakal kadang terbabas. Iman kita kadang turun naik. Sabar kita kadang pasang surut. Ada masa-masanya kita macam hanyut dengan emosi.
Kenapa la.......
atau
Kan bagus kalau........
Biasa dengar tak?
atau
Kita sendiri ucap
Jujur PC selalu ucap.. "kenapa la.... kan bagus kalau.....".
Sesekali timbul kegusaran. Terkilan atau penyesalan. Marah. Jujur. Ada orang kata, kita sebagai manusia tak boleh sebut kenapa atau kalau bila berkaitan dengan sesuatu yang kita tak suka. Itu tanda tak reda dan itu tanda kita mempertikai serta menyalahkan Allah swt.
Bagi PC pula.. daripada "kenapa" dan "kalau" inilah menjadi salah satu cara atau kunci PC untuk memperbaiki diri segenap sudut. Bukan tujuan menyalahkan Allah swt. Tidak semua orang mempersoalkan takdir hidupnya. Daripada KENAPA itulah banyak kajian dilakukan. Daripada KALAU itulah pelbagai solusi dicari untuk menyelesaikan.
"KENAPA" DAN "KALAU" BETUL KE BAHAYA DIGUNAKAN. Berbalik pada niat.
NOTA PC : jangan cepat menuding..
Tags:
Santai Peribadi
Semoga yang baik2 aje datangnya
BalasPadam