SELESAI URUSAN DI DUNIA

SELESAI URUSAN DI DUNIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JAM DUA PAGI. Terima berita kematian. PC dah tidur. En suami kejut. Katanya geng kampung whatsapp. Ada kematian. Ya, atok saudara meninggal. Dua tiga hari sebelum tu, PC dan en suami sempat ziarah beliau di hospital. Keadaan beliau memang nampak lemah sangat-sangat. 

Sakit memang dah lama. Sakit mengurangi dosa. PC yakin Allah sangat baik. Dengan setiap ujian, kita terima dengan rasa sabar, ianya mengurangi dosa-dosa kita. Boleh jadi juga dosa-dosa kita semua Allah swt ampuni. Tak mustahil jugakan. Pahala.. dosa ni urusan Allah. Cuma Allah swt yang MAHA MRNGETAHUI.

Selesai urusan di dunia. Mati sahaja, selesai urusan di dunia. Mula satu lagi kehidupan baharu. Di alam yang baharu. Yang kekal abadi selamanya hingga nanti kiamat terjadi. Hingga hari perhitungan diadakan. Satu persatu. Pertemuan untuk menentukan. Selagi masih hidup, ambillah peluang dan isi kesempatan.

Bila kita dah kembali kepangkuanNYA, segalanya sudah tidak ada yang boleh diubah lagi. Buatlah apa pun. Menjeritlah sampai pecah tekak atau gegendang telinga. Mungkin yang ada cuma penyesalan. Moga-moga bukan rasa penyesalan tapi rasa bahagia sangat-sangat. Sungguh. Apa yang kita lalui adalah menanggung dan menerima akibat. 

Menanggung dan menerima akibat. Apa sahaja yang kita semai insya Allah kita tuai. Walaupun mungkin pada kita ni yakin sangat semai padi. Rupa-rupanya hujungnya yang tumbuh lalang. Melihat satu demi satu kematian, PC rasa takut. Takut membayangkan sakitnya nyawa dan roh mahu dipisah daripada jasad. Bagaimana nanti kehidupan di alam abadi. Allahuakbar.  Semoga Allah permudahkan. Aamiin.

NOTA PC  : belajarlah dari peristiwa kematian
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. InsyaAllah, Dia mahu kita pulang dalam keadaan suci umpama bayi.

    BalasPadam
  2. insya-Allah, semoga kita semua istiqamah dalam melakukan amal kebaikan..aamin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama