Terima Kekurangan Kelemahan Keburukkan Lulus Seterusnya

TERIMA KEKURANGAN KELEMAHAN KEBURUKKAN LULUS SETERUSNYA | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Kekurangan kalau tidak diperbaiki boleh menjadi kelemahan. Bila ada kelemahan tidak ada usaha untuk berubah atau diubah berhujung keburukkan. Semuanya berperingkat. Peringkat yang menjadikan suatu keadaan menjadi lebih parah dan berbahaya. Malah sangat berbahaya sekali.

Dalam apa pun situasi atau perhubungan yang sedang dan telah terjalin, setiap individu tetap sahaja ada tiga K ini. Banyak ke, sikit ke kan kita manusia biasa cuma macam mana kita nak ubah menjadi sesutu yang lebih baik. Daripada banyak kekurangan boleh bertukar kepada berganda kelebihan. Setiap kelemahan menjadi kekuatan. Manakala keburukkan menjadi lebih kebaikkan. Semua bermula daripada dalam diri masing-masing mahu atau tidak sahaja berubahnya.

Sebelum ke peringkat mahu berubah, terlebih dahulu penerimaan. Penerimaan orang sekeliling. Orang yang paling terdekat dan yang sedang ada hubungan atau jalin hubungan dengan kita atau sesiapa pun itu di mana pun juga. Suami isteri. Sahabat. Kawan-kawan. Majikan dengan pekerja. Sangat luas skopnya.
 
Paling susah dan seringkali tewas adalah mahu terima kekurangan, kelemahan dan keburukkan. Sangat susah. Walaupun manusia boleh berubah kalau dia ''mahu'', yang sering menjadi beban dan cabaran adalah bila ''tidak mahu'' itu lebih tebal dan banyak dalam dirinya.

Terima Kekurangan Kelemahan Keburukkan Lulus Seterusnya

Lulus langkah seterusnya bila yang tiga K ni lepas dengan aman dan tidak menyakiti atau menjadi beban kepada sesiapa pun dalam lingkungan. Beradabtasi dengan kekurangan, kelemahan dan keburukkan ni tidak seperti makan kuaci sambil tengok drama atau filem korea. Tak pun tengok sketsa lawak. Bukan macam tu, yang sering tercabar adalah mental dan emosi. Apatah lagi keimanan. Menahan sabar yang bukan calang-calang. Sebab tu mulakan dengan boleh tak terima yang buruk-buruknya dulu, yang busuk-busuknya dulu. Boleh ke tidak. Kalau boleh laluan seterusnya inshaAllah mudah.

Itu pun ada syarat, kalau awak dah dinasihat, dah ditegur dan tahu ada kekurangan, kelemahan dan keburukkan, jangan  la batu dan kayu sangat tak nak berubah. Ustaz pun boleh terburai serban. Ustazah pun boleh berpencak silat. Jangan terkejut ramai-ramai sumpit kau. Faham ke tak faham ni. Hohoi.

Membina ukhuwah itu mudah. Yang susah mempertahankan ukhuwah itu dengan pelbagai cabaran yang mesti ditelah dan diserasikan.

Sekian

NOTA PCTerima Kekurangan Kelemahan Keburukkan, Lulus Seterusnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saling menerima adalah keindahan dalam sesuatu perhubungan <3

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama