365 HARI 2023

365 HARI 2023 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MISI, VISI dan azam. BIASA disematkan pada hati dan fikiran. Kadang tu catat besar-besar pada kertas tampal pada dinding dalam bilik. Supaya tidak lupa. Supaya tidak tergelincir. Bila tengok, ingat. Ingat, semoga buat. Aamiin.

Ada yang misi, visi dan azamnya sentiasa bertukar baharu. Ada pula yang menyambung yang lepas-lepas je. Sudahkan mana yang tertunda atau mana yang belum terlaksana. Pun boleh. Asal tidak sia-siakan nikmat umur yang dipinjamkan pada kita. Selagi Allah swt izin. Kayuh je walau perlahan-lahan daripada tak bergerak langsungkan. Lagi rugi. Tak gitu.

Setahun dengar macam lama. Dulu masa kecik-kecik kan.. sebut setahun ni.. rasa lama sangat-sangat. Bila dah tua-tua ni.. 365 hari ni sekejap je. Lalui bulan demi bulan.. dengan pelbagai aktiviti dan urusan. Allahuakbar. Hari demi hari. Kadang rasa nak cepat masa berlalu. Kadang rasa biarlah lambat waktu begerak. Ya, rasa ini ada. Sungguh. 

365 HARI 2023

Dan hari ini.. hari terakhir dibulan Disember. Hari terakhir juga ditahun 2023. Alhamdulillah. MasyaAllah. 365 HARI 2023 selesai untuk pc dan sahabat-sahabat blogger semua. Mungkin tahun 2023 kita direzekikan hingga 365 hari namun tahun mendatang kita tidak dapat menjangkakan bagaimana kisahnya. Setiap tahun ada kisahnya. Akhir 2022 hingga 2023, tahun pertama sepenuhnya balik kampung, ditambah mama dah tak ada, tamparan berat dan besar untuk pc. 2023, mencabar untuk pc, en suami dan babah dalam mengurus beberapa hal. Struggle. 

Allah swt selalu ada. Bak kata mama dulu.. "Allah kan ada.. ". Yes!. 

Insya Allah. 2024. Tentu ramai yang menanti ambang 2024 malam ini. Letusan bunga api warna warni akan terlihat diudara. Begitulah lazimnya setiap tahun. Sama-sama merai sambutan tahun baharu. Andai diizin, kita direzekikan lagi 365 hari seterusnya, hargailah sebaik-baiknya. Jangan bazirkn setiap waktu dan hari dengan hal-hal yang merugikan. 

Selamat tinggal 2023. Selamat datang 2024. Wahai Allah,  terima kasih untuk 365 hari ditahun 2023. Ditahun seterusnya ini semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati mahunya setiap hamba-hambaMU. Aamiin.

NOTA PC : "LEBIH" untuk 2024.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Moga-moga tahun baru akan menjadi tahun yang lebih bermakna dan membahagiakan..Aamin

    BalasPadam
  2. semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya.. amin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama