HARGAI KEKURANGAN

HARGAI KEKURANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SERAM DAN KALAU BOLEH TAK NAK ADA KEKURANGAN. Sedangkan kekurangan yang ada boleh menjadi satu kelebihan kalau kita sedar hakikat kehidupan bahawa kelebihan kalau tak diurus dengan betul berhujung masalah.

Jangan pandang yang di atas kita. Takut kita menjadikan dunia ini tempat hidup selama-lamanya. Pandang yang di bawah. Supaya jadi manusia yang lebih bersyukur sentiasa. Letak diri ditengah-tengah. Sesekali melihat atas cukup sekadar untuk belajar sesuatu. Bila lihat ke bawah jangan bertujuan untuk mencaci.

HARGAI KEKURANGAN

Kekurangan akan menjadi lebih berkudis bila sentiasa melihat dan mencari lebihnya orang lain. Sesiapa pun, andai boleh melakukan, lakukanlah. Apa?.. HARGAI KEKURANGAN. Bila boleh hargai kekurangan bererti berlapang dada terima ketidak sempurnaan. 

Sempurna. Kekurangan. Atas penilaian sesama manusia juga. Kita menilai bila orang ada semuanya, itu sempurna. Bila orang itu tidak ada sebagaimana orang yang ada itu dikira kekurangan. Nampak tak?. 

Hakikatnya, semua akan terima apa selayaknya. Apa sekadarnya. Nampak macam segala usaha itu menentukan lebih atau kurang. Sebenarnya semua telah DIA suaun. Allah swt beri SECUKUPNYA. Hargailah kekurangan.

NOTA PC  : gerimis halus
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. stiap org pasti ada kekurangan...trima kekurangan dgn hati terbuka

    BalasPadam
  2. Serba-sedikit pasti ada kekurangan terima ajelah dengan rasa syukur

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama