KECIL SAHAJA

KECIL SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SAUDARA TIDAK DENGAN SEDARAH yang mengalir pada tubuh sahaja. Seagama juga saudara. Mungkin kita cuma mendengar dan memandang dimedia sosial. Tidak melihat secara terus dengan mats kepala sendiri. Tapi, ibarat cubit peha kiri, peha kanan tentu sahaja terasa juga sakitnya.  

Bantuan demi bantuan disalurkan. Badan-badan dan agensi-agensi tertentu sedia ada dan ditubuhkan. Bezanya antara jujur dan dusta. Mana yang  kerana Tuhan dan mana yang mencari dan mencanang nama semata-mata. Boleh jadi apa yang terjadi dijadikan batu loncatan. Walau sebenarnya ada sahaja yang memang betul-betul tulus dan lurus. 

Hartawan menjadi dermawan. Marhain tidak kurang yang sama-sama menyumbang. Walau sekadar semampunya, tidak mengapa bukan satu masalah besar pun.  Kalau cuma mampu mendoakan, doa-doakanlah sentiasa. Ya macam alahai doa je ke.... PC percaya dan yakin setiap DOA itu mahal dan bernilai. Tidak mudah ya orang lain istiqhomah doakan kita. Kalau doa yang buruk-buruk memang mudah je dibuat. Kalau doa yang baik kadang payah nak dapat.

Sungguh!!.. KECIL SAHAJA. Berjiwa besar terkadang hanya mampu diselindungi. Ditunjuk dengan hasil atau tindakan yang kecil sahaja. Tapi percayalah, ianya moga-moga menjadi sumbu-sumbu kecil yang tetap bersinar di malam gelap yang sangat suram. Kecil sahaja yang ditunjukkan. Tapi ianya menjadi lambang.

Menjadi lambang yang tidak hanya lambang tapi menjadi benih rasa yang tidak mudah terbang melayang. Biar jasad terpisah, tangan sentiasa ditadah. Doa yang tidak pernah luntur dan putus untuk diutus. Semoga ada barjuta-juta doa yang Allah swt angkat dan terima untuk mereka-mereka di sana. 

NOTA PC  : syukur selalu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. The desert safari in Sharjah is a perfect blend of adrenaline and tranquility. From the exhilarating dune bashing to the serene moments watching the stars in the desert, it's an adventure that caters to all preferences.

    BalasPadam
  2. With best korean skincare the allure of Korean history meets modern beauty science, delivering products that pamper and revitalize.

    BalasPadam
  3. Thoroughly enjoyed the Alexandra Dhow Cruise in Dubai Marina! The city lights at night and the calm waters made for a perfect evening.

    BalasPadam
  4. I recently started using elizavecca cer-100 for my hair, and I'm already seeing impressive results! My hair feels much softer and smoother, and it has a healthy shine to it that I haven't had in a while. It's amazing how this product has improved the overall texture of my hair. I highly recommend giving it a try if you're looking to enhance your hair's health and appearance

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama