RASA TERINGIN BUKAN TEKAK ORANG MENGANDUNG JE | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK TAHU fakta atau mitos. Memang turun temurun ke macam mana ek. Orang mengandung ni memang ada keinginan nak yang biasa-biasa dan lebih sikit daripada biasa ya. Atau mungkin yang aneh-aneh ke. Ada banyak pendapat peribadi.
Ya, pendapat peribadi. Ada orang kata mengada-ngada. Pun tak boleh kata gitu juga. Kita tak tahu. Segalanya mungkin. Ada yang kata itu semua perubahan hormon selera atau bawaan bayi dalam kandungan. Entahlah. Setiap orang ada bawaan masing-masing. Kita janganlah tuduh atau kecam. Jangan tau. Tak baik. Kesian.
Okey, balik pada tajuk. Mood membebel on ni PC. RASA TERINGIN BUKAN TEKAK ORANG MENGANDUNG JE. Ubah cara berfikir. Ubah persepsi. Ubah ya. Rasa teringin ini tak kira siapa tau. Perempuan ke. Lelaki ke. Atok ke. Nenek ke. Mak-mak ke. Bapak-bapak ke. Haaa. Anak kecil pun ada rasa teringin juga. Dah tu takkan la nenek yang dah umur 80 tahun yang dah manepos pun kalau ada rasa teringin tu dia mengandung. Haa.
Tekak kita ni. Selera kita ni susah nak baca. Susah nak diatur. Cuma boleh dilentur dengan rasa sabar atau kesabaran. Nak sabar pun tak mudah. Walau sabar ni sebahagian iman. Haa. Kadang nak makan atau minum yang biasa-biasa je. Rutin macam biasa. Kadang luar daripada kotak pula.
Mungkin betul, rasa teringin sebab mengandung. Tapi boleh juga tidak. Memang teringin sahaja. Pernah rasa atau lalui tak. Layan rasa teringin. Lebih-lebih lagi bila dah lama tak makan atau minum yang pernah dimakan atau diminum. Apatah lagi satu masa dulu jadi kegemaran. Pernah tak. Lagi seronok kalau rasa teringin beramai-ramai. Boleh la makan beramai-ramai. Gitu. Agak-agak harga mahal, boleh la beli kongsi-kongsi. Tak gitu. Ooohoii. Kadang rasa teringin orang tak mengandung lebih dahsyat berbanding orang yang mengandung. Parahhh.
NOTA PC : niat tak halalkan banyak cara
Tags:
Santai Peribadi
Cuya banyak benda teringin , nak makan macam2 je.. hahahha
BalasPadamThe desert safari experience in Sharjah was a dream come true. The golden sand dunes, camel riding, and traditional entertainment made it an unforgettable adventure.
BalasPadamDah tua2 ni rasa teringin nak makan itu ini dah berkurangan
BalasPadamI've tried numerous hair treatments, but elizavecca hair treatment
BalasPadamtruly stands out. It's fantastic