HUJAN-HUJAN NI MAKAN APA YANG SEDAP

HUJAN-HUJAN NI MAKAN APA YANG SEDAP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SALAM JUMAAT INDAH untuk semua. Jumaat pertama di tahun 2024. Alhamdulillah. Syukur. Masih di sini. Cukup seadanya. Terima kasih Allah. 

Masih hujan. Kadang lebat berserta angin ribut. Kadang gerimis tapi sepanjang hari hingga cecah tempoh 24 jam. Ada masanya lebat dan gerimis bersilih ganti. Selang seli pulak dia. Masih ada lagi kawasan tertentu banjir. Banjir pada paras bahaya. Banjir pada tahap masih boleh dikawal. Rezeki dan bahgian masing-masing. Perit dan pahit mcm mana pun kena hadam.

Sejuk. Sungguh-sungguh rasa sejuknya. Rasanya-lah-kan.. sentiasa sejuk ni. MasyaAllah. Syukur. Biasalah. Tak hairan sentiasa lapar. Kalau ikut pakar kesihatan.. perut sentiasa lapar ni bahaya. Kena pastikan lapar dan rasa dahaga tahap mana. Biasa-biasa atau melampau dan sentiasa. Jeng.. jeng.. jeng.

Sejuk, selain pilih minuman yang panas dan hangat.. tentu juga pilih makanan yang berkuah boleh dihirup panas-panas. En suami nak cari roti canai sebenarnya tapi banyak kedai jual roti canai tutup. Ads satu kedai ni buka. Bukan cuma roti canai, menu lain pun ada. Alhamdulillah.  Kembali berseri dan ceria muka kami berdua.

Pesan roti canai. Bungkus bawa balik. Sementara menunggu.. fuhhh. Menggoda sungguh la bau sup ni haaa. Hujan tengah lebat sangat-sangat. Apa lagi.. PC pesan mi hoon sup, en suami nasi goreng ikan masin. Selesa rasanya. Sejuk-sejuk, hujan.. hirup kuah sup. Nikmat dunia. Alhamdulillah. 

NOTA PC  : hujan lagi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hujan makan makanan berkuah memang sedap hirup panas2 tu.

    BalasPadam
  2. "I was amazed at how quickly the mobile plumbers near me arrived after I called – truly lifesavers!"

    BalasPadam
  3. joseon dynasty helping to improve skin elasticity and brightness. The elegant packaging reflects the historical elegance of the dynasty, while the cream itself feels indulgent yet light on the skin

    BalasPadam
  4. vat registration in dubai The team was knowledgeable and guided us through the steps seamlessly.

    BalasPadam
  5. On-Demand Wellness Retreat is your ticket to a spa-like experience without leaving the comfort of your hotel. Our skilled therapists specialize in a variety of hotel room massage techniques, ensuring that you receive a tailored treatment that rejuvenates and revitalizes, leaving you feeling pampered and restored.

    BalasPadam

  6. flower and cake delivery offer the perfect combination of sweetness and beauty for any occasion. Whether you're celebrating a birthday, anniversary, or simply want to brighten

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama