29 HARI FEBRUARI APA CERITA BEB | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. RUPA-RUPANYA HARI NI, HARI TERAKHIR dibulan Februari 2024. Selesai bulan kedua. Tapi PC punya blog semakin menjadi-jadi merudumnya. Betul la pepatah.. lapang sebelum sempit. Nak kata kekangan masa.. sama juga macam orang lain, Allah swt pinjam dan rezekikan 24 jam. Seminggu pun 7 hari juga. Ya Allah. RINDU NAK FOKUS DAN RUTIN. InsyaAllah.
Ringkasan sepanjang Februari 2024.
8 Februari. Khamis. Israk Mikraj. Ulangtahun pernikahan PC dan en suami. Seronok dan bersyukur sangat-sangat. Sambut Ulangtahun pernikahan dalam masa sama mengimbas sirah perjalanan Nabi Muhammad saw menemui Allah swt. Pergi dan balik. Turun dan naik. Buraq.
10 dan 11 Februari. Sabtu dan Ahad. Sambutan Tahun Baru Cina. Fuhh.. meriah. Kalau tak silap PC tahun ni tahu Naga ya. Tahun kami sekeluarga terlajak makan buah limau mandarin. Aduh. Alhamdulillah tak cirit birit. Risau juga kann.
13 Februari. Selasa. Adik sepupu PC selamat melahirkan anak keduanya. Baby boy. Sepasang dah. C-zer. Dulu masa adik sepupu ni baby, PC tolong makcik PC jaga. Eh, sekarang dia dah ada anak dua orang. MasyaAllah. Terima kasih Allah rezekikan anak saudara. Semoga sihat. Jadi anak yang soleh. Aamiin. Masih dalam pantang dia. Hehehe.
24 Februari. Sabtu. Makcik saudara babah merangkap nenek saudara PC laaa. Meninggal di rumah anaknya di Negeri Sembilan. Memang dah lama sakit jantung. Ada sakit lain juga. Dari negeri sembilan di bawa balik kampung. Dikebumikan bersebelahan kubur arwah suaminya.
Dan;
25 Februari. Ahad. Sepupu babah yang PC panggil Pak Jo pula yang meninggalkan kami semua. Berturut sebenarnya. Ramai saudara mara yang telah kembali kepadaNya. Dengan cara dan alasan yang telah DIA tetapkan.
NOTA PC : warna warni kehidupan.. hello Mac. Menanti Ramadan.
Tags:
Santai Peribadi
Moga bulan mac baik-baik saja untuk kita semua
BalasPadam