BERMAIN DENGAN APLIKASI

BERMAIN DENGAN APLIKASI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BUKAN MOOD MEMBEBEL, cuma tergerak hati nak ulas dari sudut pandang sebagai pengguna, orang awam dan seorang anak.

Media sosial memang sedia maklum melibatkan dalam talian. Ke atas talian. Ini pun masih ramai yang belum hadam dengan baik. Telefon pintar ke.. cerdik ke.. tak kisahlah mana pun.. gaya dan cara hidup berbeza ketika perlu dan mahu beradabtasi dengan sesuatu.

Kopi. Ditambah gula. Dicampur susu. Tetap tidak mematikan rasa pahitnya Kopi. Tetap ada peminatnya. Tetap ada permintaan. Tetap ada penggemarnya. Begitulah kehidupan. Ada yang selesa dengan apa adanya.

BERMAIN DENGAN APLIKASI. Memang BUKAN LAGI satu kehendak. Tapi menjadi satu keperluan. Cuma bila semua dibangun dan digerak dalam bentuk aplikasi, tidak semua juga mampu dan mahu mengikuti setiap perkembangan dengan mudah dan terbuka. 

Tidak dinafikan memang pantas. Semua menjadi dihujung jari sahajakan. Namun percayalah pada satu sudut tertentu ada kurang dan kelemahannya juga. Tidak semua cakna. Boleh jadi kadar yang memilih untuk ambil mudah menjadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi warga emas. Mereka sebahagiannya
memilih untuk kekal dengan cara lama. Lebih memudahkan. Lebih selesa dan lebih santai.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PC. PC berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. PC melihat dan mendengar keluh kesah atok-atok.. pakcik makcik.. nenek-nenek. "Kemudahan elok. Tak semua mampu dan tahu. Tak semua boleh faham. Memang anak-anak boleh bantu. Tapi tak la 24jam anak ada dengan mak ayah.. tak larat juga mintak tolong orang saja..". Ada betulnya juga.

NOTA PC  : terlalu mengejar tentu ada yang tercicir
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ialah, terfikir atuk nenek ni kalau berdua jer nak makan di kedai yg pesanan guna apps, macammana nak guna jika tak reti, nak nak klu kena staf yg buat tak tahu.

    BalasPadam
  2. Betul. Memang teknologi tak semua membantu. Kadang banyak menyusahkan lagi lah.

    BalasPadam
  3. Bukan semua atok-atok celik teknologi , tambahan yang jenis tak suka main telefon. Telefon sekadar untuk hubungi kenalan dan saudara.

    BalasPadam
  4. saya yang masih 30-an ni pun kadang-kadang penat mengejar teknologi. warga emas apatah lagi. lebih malang kerana aplikasi jadi mangsa scam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama