MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH

MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum dan hi semua. Alhamdulillah. Cuti sekolah penggal akhir 2023 telah bermula. Bak kata anak-anak buah PC.. 'ummi, kita orang dah cuti sekolah.. hurayyyy..'. Syukur. Sementara tunggu lembaran baharu sesi persekolahan 2024. Ibu bapa pula sibuk mengurus pendaftaran anak-anak. Bayar yuran. Sediakan keperluan-keperluan khas dan sebagainyalah.

Sekolah la anak-anak. Adik-adik. Nikmatilah alam persekolahan dengan sebaik-baiknya ya. Umur akan terus meningkat. Selagi boleh, jalani dengan paling sehabis baiklah ya. Niat menuntut ilmu kerana Allah swt. Moga ilmu itu ada keberkatannya. Mungkin kalau dulu-dulu ada persaingan cuma tidak sesengit sekarang. Sekarang awak dapat straight A pun setiap kali exam, eh.. eh.. dalam kelas boleh dapat nombor 10. Betul tak. Tu yang anak buah PC meraung. Bertabahlah. Begitulah hidup. 

MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH
Cuaca panas terik seronok bakar sampah.. moga panas hati ranap macam abu .. kihkihkih

Zaman sekarang ni semakin keras. Keras serba serbi sebenarnya. Segenap sudut kehidupan. Cabaran iman dan taqwa lebih-lebih lagi. Kadang luaran nampak macam tak hanyut. Maksudnya elok je terjaga dan dijaga. Tapi dalamannya pula sebaliknya. Allahu. Hatinya. Fikirannya. MasyaAllah. Macam tak ada apa-apa tapi itu lebih berbisa. Sehinggakan orang lain dijadikan tong sampah. Sedangkan MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH ya.

 MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH. Berlaku di mana-mana. Perasan atau tidak sahaja sesama kita ni. Tapi ianya dirasai oleh sesiapa yang terkena. Apa maksud MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH yang PC cuba sampaikan.. 

Tong sampah. Tempat dibuang atau dicampakkan segala sesuatu barang, sisa atau kotoran yang tidak lagi diperlu atau diingini. Ke tong sampahlah jawabnya. Hingga penuh dan melimpah. Segala bau yang kurang sedap pun tersebar dan boleh dihidu. Lambat diurus, berulat. Berlalat. Macam tu jugalah kita ni manusia. Sesama manusia. Kenalah saling menjaga. Mula-mula masing-masing jaga diri masing-masing la dulu. Bila masing-masing dah jaga nanti akan lebih luas la lagi yang terjaga. 

Bila bercakap jaga-jaga. Jangan sampai sakitkan hati orang. Sebab tulah PC cakap  MANUSIA BUKAN TONG SAMPAH. Jangan bila marah muntahkan semua rasa tu pada orang lain. Suka hati nak marah, sindir, berkata kesat. Jangan juga tuduh sesuka hati. Tak kiralah awak tu SIAPA. Ibu ayah ke. Bos besar ke. Majikan ke. Orang biasa ke. TOLONG sangat-sangat. Bila nak bercakap. Bila marah. Jangan dihabis-habiskan terus. Ingat-ingat sikit. Orang lain pun ada perasaan. Sabar tiada batas. Tapi kemampuan orang untuk bersabar ada batasnya. Ada yang tebal. Ada yang tipis je kesabarannya. 

NOTA PC  : diam-diam ubi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul... mereka jadikan kita sebagai tong sampah.. untuk buang segala emosi emosi sampah mereka.. maka kita perlu pandai menutup segala sampah2 tu spy x memasuki kita.. jadikan 'tong sampah' kita sebagai pasu bunga :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama