DIAM BERISI KE DIAM BERAPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HARI KEDUA dibulan Mac. Masuk bulan ketiga ditahun 2024. Alhamdulillah Allah swt izin. Melihat kematian demi kematian.. PC rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah swt rezekikan lagi umur pada PC, babah, en suami. Syukur.
Ramadan kian mendekat. Kurang dua minggu insyaAllah umat Islam melunaskan rukun Islam ke-3. Berpuasa dibulan Ramadan. Allahu. Menahan diri dari lapar dan dahaga, serta tidak melakukan hal-hal yang boleh batalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat. Semoga Allah izin dan rezekikan kita semua menjalani ibadah puasa. Aamiin.
Masih sempat lagi sesiapa yang berhajat qada puasa tahun sudah. Sebelum terlajak tahun dan perlu fidyah serta qada juga. Cuma itulah, kena kuat semangat sebab dah hujung-hujung, menghampiri Ramadan berikutnya, pressure nya jauh beza. Fuh. Sungguh.
Mahu tidak mahu memang faktanya, semakin hari semakin mencabar panasnya cuaca. Macam-macam istilah keluar laahh. Panas litlit. Panas berdenting. Panas berapi. Mahu tidak mahu juga, ianya menjadi penyumbang jugalah emosi kita terganggu. Rasa tidak selesa badan dan tidak selesa mahu lakukan sebarang aktiviti. Maka pilihlah untuk diam.
DIAM BERISI KE DIAM BERAPI. Diam berisi. Macam mana. Diamnya dijadikan solusi untuk tidak memburukkan lagi keadaan. Disulam dengan zikir, istighfar, selawat dan sebaik-baiknya pengisian rohani. Diam berapi, memang diam sungguh. Sekali buka mulut, rabak dan berkecai hati orang. Sebelum ke, sedang ke.. dah selesai Ramadan ke..bila diam tu.. hati-hati.
NOTA PC : dugaan kian besar
Tags:
Santai Peribadi
Awal Ramadhan biasanya cuaca agak panas sikit. Cabaran yang sudah biasa kita lalui.
BalasPadamKadang diam itu lebih bagus. Tapi bila ianya meletus akan jadi sesuatu yang buruk.